Analisis Sains UPSR 2016
Selesai sudah UPSR 2016 dengan berakhirnya kertas peperiksaan Sains. Secara keseluruhannya, soalan kali ini tidaklah dikatakan sesukar soalan tahun 2015. Namun, apa yang paling ramai guru geram adalah dengan kehadiran dwibahasa pada soalan sains. Sangat mengganggu tumpuan murid untuk membaca arahan, soalan dan jawapan. Sepatutnya, jikalau pihak lembaga mahu mengekalkan soalan dwibahasa, soalan tersebut dibina sebelah menyebelah antara bahasa melayu di sebelah kiri dan bahasa inggeris di halaman sebelah kanan. Sebaliknya, pihak lembaga menyediakan soalan yang berselang-seli di antara bahasa inggeris dan bahasa melayu sehingga menyebabkan tumpuan murid terganggu.
Berikut merupakan cadangan jawapan bagi kertas 1 Sains UPSR 018/1.
- C. Ini pilihan terbaik.
- B. Soalan berbentuk analisa maklumat. Agak ramai murid yang dapat menjawabnya.
- B. Ya,daun akan luruh. Untuk menjawab A, tidak banyak pokok yang mempunyai ciri perlindungan menggulungkan daun.
- B. Yang, semakin jauh dari induk, semakin kurang persaingan semakin tinggilah anak pokok tersebut.
- A. Persaingan hebat dan pilihan jawapan lain tidak tepat.
- D. Fotosintesis berlaku ketika ada daun yang mempunyai klorofil untuk menyerap cahaya.
- A. Ini antara soalan yang sukar. Namun, dikatakan akar bergerak balas terhadpa graviti dengan tumbuh ke arah bawah. Namun, terdapat maklumat tambahan yang menyatakan bahawa akar tumbuhan hanya tumbuh ke bawah jika di dalam tanah kerana mahu mencengkam tanah.
- A. Hanya U yang makan tumbuhan dan daging.
- B. Analisa dan susun maklumat.
- D. Analisa maklumat. Objek terapung kurang ketinggian aras air berbanding objek tenggelam sepenuhnya.
- B. Paling sesuai mengukur objek.
- A. Paling singkat masa adalah paling tinggi kelajuan.
- A. Cahaya boleh dipantulkan.
- C. Selipar tidak boleh kerana ada selipar yang licin jika digunakan di dalam bilik air.
- C. Sambung wayar pada kedua-dua hujung objek.
- A. Ukir alur paling tepat.
- B. Semakin panjang tali semakin kurang ayunan.
- B. Pilihan jawapan lain semua mempercepatkan haba berkurang.
- D. Meletakkan magnet.
- D. Tapak kasuh untuk menambah daya geseran.
- A. P – KOndensasi, Q.Penyejatan dan R pendidihan.
- A. Menimbus dalam tanah.
- C. Pengetinan tiada udara di dalam tin.
- C. Cecair toksik membahayakan hidupan akuatik jika ditumpahkan di kawasan berair.
- D. Span penyerap air yang banyak.
- C. C paling tepat analisa maklumat.
- D. Pempasteuran adalah memanaskan sesuatu pada suhu tertentu dan diikuti dengan penyejukan segera.
- B. Soalan agak mudah.
- C. Putaran bumi menyebabkan siang/malam, perubahan arah dan panjang bayang dan perubahan kedudukan matahari.
- A. Ini paling tepat.
- A. KOmet terbakar apabila mendekati matahari.
- D. Ini paling tepat mencari matahari. Mencari buruj tidak diterima kerana pada waktu siang.
- C. Ini simulasi paling tepat.
- C. Penggunaan forklift paling senang.
- B. Susun teknologi pertanian.
- D. Roda dan gandar kerana stereng mengawal roda dan gandar.
- B. Gunting.
- A atau D. Pilihan A merendahkan jambatan boleh diterima untuk merendahkan pusat graviti. D pon boleh diterima kerana tidak pasti sama ada kehadiran lori di atas jambatan itu yang menyebabkan jambatan tersebut menjadi lenduk,
- C. Ini paling tepat kerana jika hujung corong semakin panjang, diameter hujung corong menjadi lebih kecil.
- D. Ini pilihan paling tepat. J luas tapak, yang paling luas, K paling tidak stabil kerana walaupun rendah, tetapi di bawahnya adalan silinder yang mudah bergolek.
Kertas 2 akan menyusul
Sebarang perubahan tertakluk kepada info semasa. Ini hanya cadangan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
zura
cikgu,boleh bagi jawapan kertas 2 upsr subjek sains 2016?
Kertas 2 akan menyus