Kertas Kerja Program Pembentukan Sahsiah Diri Murid
Unit HEM atau Hal ehwal murid juga boleh melaksanakan program pembentukan sahsiah diri murid terhadap murid-murid di sekolah.
Program ini boleh dilaksanakan di peringkat sekolah rendah atau menengah dan boleh digunakan sama ada untuk mensasarkan kepada semua murid atau murid yang menghadapi masalah disiplin sahaja.
Berikut merupakan contoh ringkat kertas kerja dan dapatkan kertas kerja di bawah sekali.
1.0 PENGENALAN
Ahli Jawatankuasa Badan Disiplin dengan kerjasama Jawatan Kuasa Bimbingan & Kaunseling Sekolah kebangsaan , telah bercadang untuk mengadakan satu Program Pembentukkan Sahsiah Diri. di mana ianya disertai oleh golongan murid – murid yang disasarkan berhadapan dengan masalah disiplin di sekolah. Masalah ini akan bermula apabila murid – murid tidak dapat menguasai bidang akademik dan disiplin diri mereka dengan baik. Justeru itu, mereka akan cuba mencari jalan keluar yang mudah dengan melanggar undang – undang yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah supaya mereka juga boleh dikenali di kalangan rakan – rakan yang lain.
2.0 RASIONAL
Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik. Jika masalah disiplin di setiap sekolah dapat dikurangkan , pihak sekolah sudah semestinya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang kurikulum dan kokurikulum .
3.0 MATLAMAT
Melahirkan murid –murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing – masing.
4.0 OBJEKTIF
- Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain.
- Memberi peluang kepada murid – murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
- Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
- Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup.
- Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.
Berikut merupakan contoh kertas kerja bagi program Pembentukan Sahsiah Diri Murid.
Kertas Kerja Program Pembangunan Sahsiah DIri Murid
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]