SOP Ziarah pada hari pertama perayaan
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan khas pada Hari Ahad 10 Mei pada pukul 2 petang.
Dalam perutusan khas tersebut, PKPB yang dijangka berakhir pada 12 Mei ini disambung selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020. Perdana Menteri Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang berusaha membendung
Malaysia berada di tangga keempat daripada 105 negara untuk kepuashatian rakyat terhadap usaha kerajaan menangani wabak covid-19.
Mahupun begitu, ziarah raya sama ada Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Tadau Keamaatan merentas negeri masih tidak boleh dibenarkan.
Namun, ziarah raya dengan saudara terdekat dan dalam negeri dibenarkan dengan had maksimun 20 orang.
Pada 13 Mei 2020, Menteri Kanan (Pertahanan) telah menggariskan beberapa SOP semasa ziarah pada hari pertama perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Antara SOP tersebut adalah terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam 1 hari. Jumlah 20 orang juga bergantung kepada saiz sesuatu rumah. Contoh keluasan 600 kaki persegi, mungkin boleh bergilir untuk ziarah dalam 1 hari iaitu 5 orang 5 orang 5 orang 5 orang dan terhad 20 orang sehari.
SOP seperti mencuci tangan, social distancing, dan digalakkan memakai topeng masih dilaksanakan dan diamalkan seperti biasa.
Menteri Kanan menegaskan bahawa pelaksanan PKP adalah untuk mengelakkan kita berjumpa dengan ramai orang. Menteri kanan memberi contoh seperti kes di Bahrain dan New Jersey bagaimanana jangkitan covid-19 ini berjangkit di dalam keluarga.
Kita sendiri yang perlu menjaga kepentingan kita sendiri dan berayalah bersama dengan keluarga terdekat sahaja.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]