Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Berita

Pekeliling Cuti Rehat Khas (crk)

admin September 24, 2016

PEKELILING CUTI REHAT KHAS (CRK)

Cuti rehat khas (crk) merupakan cuti yang dikhaskan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan. Bilangan yang diperuntukkan adalah sebanyak 7 hari setahun. Walaupun ini dinamakan cuti, namun, cuti ini tidak boleh diambil atau diluluskan sewenangnya tanpa sebab dan alasan yang kukuh.

cuti rehat khas

Bilangan 7 hari crk boleh dirujuk pada pekeliling bilangan 3 tahun 2005 yang jelas menyatakan jelas bahawa bilangannya adalah 7 hari.

Baru-baru ini heboh berkenaan dengan kekeliruan yang menyatakan crk boleh diambil lebih daripad a7 hari.  Kekeliruan ini mungkin berpunca daripada kurang faham berkenaan dengan perenggan kelima pekeliling perkhidmatan bilangan 1 2015 yang boleh dirujuk di bawah.

cuti rehat khas“Ketua Jabatan boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan”. Ramai yang keliru dengan ayat ini. Sebelum itu, harus difahami bahawa 7 hari setahun yang diberikan adalah dibahagikan secara rata kepada 12 bulan.

12 bulan dibahagi 7 hari = 1.7. Ini bermaksud selepas 1.7 bulan ataupun 1 bulan 3 minggu barulah kita layak mendapat 1 hari CRK berdasarkan tempoh perkhidmatan. Ataupun, senang difahami bahawa selepas 6 bulan berkhidmat, guru akan mendapat 3.5 hari crk atau genapnya 4 hari crk yang kita layak berdasarkan tempoh perkhidmatan sesuatu tahun.  Contoh pengiraan lain boleh dilihat di bawah.

crkBerdasarkan gambar di atas, jika dalam sesuatu tahun, kita hanya berkhidmat 1 bulan, maka crk yang layak adalah sehari manakala jika kita berkhidmat selama 10 bulan sahaja dalam 1 tahun, maka crk yang layak adalah 6 hari.

Walaupun pekeliling terdahulu menyatakan bahawa seseorang pegawai perlu berkhidmat sekurangnya 1 bulan 3 minggu untuk layak mendapat 1 hari crk, Namun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 2015 telah menyatakan bahawa crk ini dapat diberikan tanpa melebihi tempoh kelayakan berdasarkan beberapa tujuan seperti

  • menziarah ahli keluarga dan ahli keluarga rapat yang sakit tenat atau meninggal
  • menziarahi upacara kagamaan.
  • kecemasan / kemalangan seperti banjir, kebakaran dan sebagainya
  • majlis konvokesyen pegawai atau keluarga rapat.
  • mendaftar anak sekolah atau di ipt
  • menunaikan fardhu haji
  • menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus
  • perkahwinan pegawai atau anak pegawai

Contohnya, seorang pegawai mahu berkahwin pada minggu pertama bulan Januari dalam tahun tertentu. Jika dikira, tempoh perkhidmatan selama seminggu tersebut belum melayakkan beliau mendapat 1 hari crk. Namun, pekeliling bilangan 1 2015 ini menyatakan bahawa urusan perkahwinan dibolehkan untuk memohon crk tanpa mengikut tempoh perkhidmatan, maka, pegawai tersebut layak mendapat crk walaupun tempoh perkhidmatannya masih belum layak.

Namun begitu, jika tempoh perkhidmatan pegawai tidak mencukupi selama setahun, cuti rehat khas perlu diganti dengan bentuk pemotongan emolumen.

Rujuk situasi di bawah.

Pegawai A telah menggunakan 7 hari cuti rehat khas disebabkan pelbagai perkara di antara bulan januari hingga mac. Pada bulan Oktober pula, pegawai tersebut bercuti tanpa gaji selama sebulan disebabkan menjaga anaknya di hospital. Cuti tanpa gaji tersebut menyebabkan pegawai tersebut tidak layak sebenarnya menggunakan 7 hari cuti rehat khas dan bilangan kelayakannya pada tahun tersebut hanyalah 6 hari. Oleh itu, 1 hari terlebih yang digunakan oleh pegawai tersebut pula diganti dengan potongan emolumen sebanyak satu hari.

Pemahaman berkaitan dengan crk atau cuti boleh rujuk pada pautan disediakan.

Bilangan 3 2005

Bilangan 1 2015

Bilangan 10 2002

Bilangan 4 2009

Bilangan 4 2009 menyatakan kesan penggunaan pelbagai jenis cuti ke atas perkhidmatan

rujuk sini untuk maklumat lanjut

Info lagi berkenaan CRK

Jutaan terima kasih kepada pihak yang sanggup berkongsi

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

RPT 2025 Keusahawanan Tingkatan 5 KSSM
RPT 2025 Keusahawanan Tingkatan 5 KSSM Perkongsian kali ini melibatkan …

RPT 2025 Keusahawanan Tingkatan 5 KSSM

Dasar Pemisah bagi Pegawai Berprestasi Rendah Dasar pemisah atau exit …

Dasar Pemisah bagi Pegawai Berprestasi Rendah

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh