Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Lain-lain

Sebab kenapa kanak-kanak tidak perlu diberi telefon pintar

admin October 19, 2016

SEBAB KENAPA KANAK-KANAK TIDAK PERLU DIBERI TELEFON PINTAR

Pada zaman sekarang, dilema yang pasti dihadapi oleh ibubapa adalah bila anaknya meminta untuk dibelikan atau dihadiahkan sebiji telefon pintar. Kanak-kanak sekarang merasakan telefon pintar merupakan satu kepentingan kepada diri mereka. Tambahan pula, mungkin ramai rakan sebaya mereka sudahpun memiliki telefon pintar. Kecenderungan kanak-kanak ini untuk memiliki telefon ini boleh diperhatikan pada perbualan di bawah.

 

anak-tidak-perlu-diberi-telefon

Perbualan di dalam kelas tadi.

Cikgu : Amira, apa hadiah kamu nanti kalau dapat nombor satu dalam peperiksaan hujung tahun nanti

Amira : Ayah saya nak hadiahkan saya telefon satu cikgu.

Cikgu: Telefon apa ayah kamu nak belikan nanti.

Amira: Ayah saya nak belikan telefon blackview nanti kalau saya dapat nombor satu di dalam kelas.

Berdasarkan perbualan di atas, boleh kita perhatikan di mana anak seawal umur darjah tiga sudah punyai kemahuan dan keinginan untuk memiliki telefon pintar. Sebagai ibu bapa, tidak salah untuk kita hadiahkan sesuatu kepada anak-anak kita, namun, memberi telefon pintar kepada anak seawal usia kecil merupakan satu perkara yang perlu difikirkan oleh ibu bapa.

 

Terdapat beberapa sebab yang perlu difikirkan oleh ibu bapa berkenaan memberi sebiji telefon pintar kepada anak-anak.

1) Radiasi

Beberapa kajian menyatakan bahawa radiasi daripada telefon dapat memberi kesan kepada otak. Kajian ini tidak dinyatakan kepada umum kerana kekurangan data berkenaan kajian bagi tempoh yang lama. Malah ada yang menyatakan salah satu punca kanser adalah kerana radiasi telefon, namun belum dapat disahkan sepenuhnya.

 

2)Berjaga malam.

Bila anak-anak mempunyai telefon, pastinya mereka akan berjaga malam. Ini kerana terdapat banyak perkara yang boleh menarik perhatian kanak-kanak untuk berjaga malam. Antaranya chatting dengan rakan ataupun bermain games dan melayari internet. Impak sebegini akan menyebabkan murid tidur lambat menyebabkan mereka mengantuk dan tidak cukup tidur untuk menjalankan aktiviti di keesokan harinya.

 

3)Buli Siber.

Buli siber semakin menjadi. Kita boleh perhatikan di mana banyak kes berlaku disebabkan buli siber ini seperti gangguan seksual dan kes penipuan. Kanak-kanak yang mempunyai telefon pada usia kecil sememangnya tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Usia seawal ini mudah tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

 

4)Kurang aktif.

Kanak-kanak yang mempunyai telefon pintar ini cenderung untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti luar seperti bermain bersama kawan ataupun mengikut ahli keluarga bersiar. Ini disebabkan, penggunaan telefon pintar yang menyeronokkan lebih menarik perhatian mereka daripada bersosial aktif di luar.

 

5)Hilangnya keinginan untuk menikmati dunia luar.

Pada waktu dahulu, kanak-kanak sangat suka mengikut ibubapa ke luar rumah seperti ke pantai ataupun taman permainan.  Mereka berasa kurang tertarik dengan persekitaran luar jika ibubapa membawa mereka keluar. Walaupun ada yang ikut ibubapa ke taman, jika mereka membawa telefon tersebut, mereka lebih cenderung untuk bermain telefon tersebut di taman dan bukannya bermain permainan fizikal seperti buai dan gelongsor di taman tersebut.

 

6)Rabun / masalah mata / masalah kesihatan.

Kanak-kanak yang mempunyai telefon jika dibiarkan tersalah guna, pastinya masalah penyakit mata seperti rabun menjadi satu kebimbangan kepada ibu bapa. Kenapa mereka terdedah untuk menghidapi rabun mata? Ini kerana, cahaya yang keluar daripada telefon tersebut jika digunakan terutamanya di bilik yang gelap pasti akan memberi kesan kepada mata. Postur yang tidak betul semasa menggunakan telefon juga akan menyebabkan masalah kesihatan kepada tulang dan leher.

 

Berdasarkan sebab yang dinyatakan di atas, ibubapa perlu mempertimbangkan untuk memberi telefon pintar kepada anak-anak. Semua keputusan terletak di tangan ibubapa. Fikirlah untuk kebaikan diri mereka.

 

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Buku Sumber Stem Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Buku Sumber Stem Pengajian Kejuruteraan Mekanikal STEM ialah singkatan bagi …

Buku Sumber Stem Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Kuiz Sejarah SPM Trial Kelantan
Kuiz Sejarah SPM Trial Kelantan Perkongsian kali ini adalah kuiz …

Kuiz Sejarah SPM Trial Kelantan

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh