Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Lain-lain

Siapakah dia Jack Ma yang dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Malaysia?

admin November 4, 2016

SIAPAKAH JACK MA PENASIHAT EKONOMI PM DATO’ SERI NAJIB

Hasil lawatan delegasi Malaysia ke China pada awal November 2016, telah dinyatakan bahawa melalui lawatan tersebut, seorang individu yang bernama Jack Ma telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital bagi pentadbiran PM Najib. Terdapat banyak respon berkenaan dengan pengumuman itu sama ada positif atau negatif.

penasihat-ekonomi-digital

Agak terkejut juga mengenai pelantikan ini kerana orang luar telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital. Berita mengenai pelantikan Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital boleh dibaca pada online news. Rujuk keratan di bawah.

 

Pelantikan jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital

Pelantikan jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital

 

SIAPAKAH JACK MA INI?

Kita lihat pada kedudukan kekayaan Jack Ma ini.

  • Nombor dua terkaya di China (2016)
  • Individu ke-33 terkaya di dunia.
  • Individu ke-22 berkuasa di dunia melalui analisis majalah Forbes.

Berdasarkan statistik, jelas bahawa Jack Ma ini merupakan antara individu terkaya dan terpengaruh di dunia. Beliau ini merupakan Pengerusi bagi Alibaba Group iaitu satu syarikat yang besar di dunia ini.

Kehidupan Jack Ma ini bermula dengan belajar di Institut Perguruan Hangzhou. Beliau dan isterinya merupakan pengajar di awal kehidupan mereka. Jack Ma juga pernah gagal 3 kali ujian kemasukan ke universiti di China.

Pernahkah terdengar ungkapan motivasi bisnes iaitu, “23 orang memohon untuk bekerja di KFC, 22 orang diterima dan 1 orang tidak diterima. 1 orang tersebut adalah Jack Ma”. Ungkapan ini memberi pengajaran supaya kita tidak mudah berputus asa jika gagal dalam sesuatu perkara.

Mari lihat sejarah kejayaan Jack Ma. Asal usaha Jack Ma ini bermula pada tahun 1995, di mana Jack Ma telah ke USA dengan kawannya untuk mempelajari berkenaan dengan internet. Ketika itu Internet tengah mula diperkenalkan bermula di USA. Ketika itu, beliau membuat carian satu perkataan tetapi maklumat perkataan tersebut tiada yang datang dari China semuanya dari negara-negara luar. Dengan ini, Jack Ma mengambil peluang membina website biasa yang berkaitan dengan China dan akhirnya ada seorang pengguna yang ingin mengetahui berkenaan websitenya. Perkara ini telah membuka mata bahawa Internet merupakan satu platform yang hebat yang perlu digunakan. Selepas itu, dengan modal USD 20 000, beliau membuka syarikat internet yang membina website untuk pelbagai syarikat di China. Dalam masa 3 tahun, beliau membuat keuntungan sebanyak USD 800 000.  Bermula dari situ, perniagaannya berkembang sehingga sekarang. Bolehlah dikatakan bahawa Jack Ma adalah individu yang membawa internet ke China dan pengelola perniagaan atas talian di Asia. Beliau nampak peluang di mana orang lain tidak nampak.

 

Sebesar manakah Syarikat Ali Baba Group ini?

Ali Baba Group ini merupakan syarikat besar yang berasaskan perniagaan internet. Terdapat lebih 22 syarikat ataupun kepentingan AliBaba Group ini dalam dunia ini. Antara entiti/perniagaan milik Alibaba Group yang terkenal ini adalah:

  1. Alibaba.com. – Rasanya semua tahu website ini kan. Tempat nak membeli barangan import dari China atau luar negara untuk dipos ke Malaysia.
  2. Lazada. Lazada juga merupakan satu entiti hak milik AliBaba Group ini.
  3. Guangzhou Evergrande – Ini merupakan Kelab Bola Sepak terkemuka di Asia dan China. Syarikat AliBaba ini mempunyai 40% pegangan dalam pasukan bola sepak ini.
  4. South China Mornig Post – Syarikat berita tempatan di China.

 

Berikut sahaja maklumat mengenai Jack Ma yang sempat dikongsi. Selamat Membaca.

 

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whatsapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR Kajian kes …

Format dan Contoh Laporan Kajian Kes Sejarah KSSR

Penjadualan semula Peperiksaan SPMU SPM SVM STAM STPM 2020 Perkongsian …

Penjadualan semula Peperiksaan SPMU SPM SVM STAM STPM 2020

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh