Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Berita

Malaskah cikgu kalau beli rph

admin January 14, 2017

Malaskah cikgu kalau beli rph

Di awal tahun adalah antara tempoh yang sangat kritikal bagi seseorang bergelar guru. Kenapa?

Ini disebabkan, ada banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh guru sepanjang bulan dan kadang-kala date line sesuatu tugasan itu adalah pada pertengahan Januari.

Antara tugasan guru di awal tahun adalah seperti

APDM – Apdm ini perlu diupdate mengikut maklumat yang diberikan oleh ibubapa. Bayangkan ada 40 orang murid dalam satu kelas, dan seorang murid ada ibubapa. jadinya, 120 orang maklumat berlainan yang perlu dikemaskini oleh guru. Kalau tak kemaskini, murid itu terlepas bantuan, yang dipersalahkan semestinya guru kelas. Guru pra juga perlu mendaftarkan maklumat murid di SMPK.

RPT – Guru juga perlu menyediakan rancangan pengajaran tahunan. Kalau ada ajar 6 mata pelajaran berlainan, maka 6 rpt perlu disediakan yang merangkumi tahun semasa. Rujuk RPT di sini

RPT KSSR LENGKAP

RPT KSSM 2017

DSKP – Selepas rpt, guru juga perlu mempunyai salinan DSKP iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi. DSKP. Yang ini perlu dicetak.

DSKP Lengkap Tahun 1 hingga 6 KSSR

Pelaporan – Guru juga perlu menyediakan pelaporan dengan mengisi maklumat murid.

Pelaporan Tahun 1 hingga Tahun 6

Guru kelas juga perlu mengisi pelbagai maklumat berkaitan murid dan ibubapa mereka ke dalam buku rekod kehadiran murid. Buku ini yang pertama sekali akan diperiksa oleh pegawai dari PPD jika mereka datang membuat pemeriksaan awal di sekolah.

Guru juga perlu mengemaskini maklumat peribadi sendiri ke dalam sistem eoperasi.

ISU MEMBELI RPH

Isu membeli rph bukan perkara baru. Jangan kita cepat menuding jari dengan mengatakan guru ini malas dan penjual tersebut mahu mencari duit senang.

Sebelum mengatakan seseorang guru itu malas, gunakan hak berfikir dahulu sebelum hak bersuara. Antara sebab kenapa membeli rph ini sangat membantu guru kerana

  1. Kadang kala guru yang mengajar sesuatu subjek itu bukan guru opsyen dan tambahan lagi contohnya itu kali pertama mengajar bahasa inggeris. Jadinya, guru tersebut perlu mencari panduan dan cadangan dalam merangka rph yang sama sekali menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya.
  2. Membeli rph juga membantu guru memikirkan idea untuk melaksanakan pelbagai aktiviti menarik kepada murid. Lain guru, lain pendekatannya.
  3. Menjimatkan masa. Guru tidak perlu lagi menulis perkara yang asas seperti standard pembelajaran dan standard kandungan kerana sudah tertulis. Guru hanya perlu mengubahsuai kandungan aktiviti pembelajaran untuk disesuaikan dengan tahap murid sendiri.
  4. Work smart. Yang itu boleh difikirkan sendiri.
  5. RPH juga ada sedikit yang telah disediakan oleh KPM melalui modul pengajaran dan pembelajarna dan panduan guru yang dibekalkan kepada guru. Untuk sekolah menengah juga disediakan teaching organiser. Jadi isu sebegini tidak perlu timbul.
  6. Menyediakan rph menggunakan fail lebih mudah dan kemas berbanding dengan buku. Kalau guna buku even kita tampal sekali pun, di akhir nanti buku tersebut akan rosak kerana buku terbuka disebabkan terdapat helaian tambahan yang ditampal di buku.

Apa yang menjadi perkara adalah kejujuran cikgu. Adakah cikgu terus print tanpa memikirkan keperluan murid sehingga kadang kala kelas dan waktu pon tersalah tulis, itu adalah tanggungjawab cikgu sendiri. Fikir-fikirkanlah. Admin sendiri pon ada membeli untuk membantu admin merangka pdp dan menjimatkan masa.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Penggunaan sijil sakit swasta dan sijil sakit kerajaan adalah berlainan …

Penggunaan Siji Sakit Swasta

Bahaya fidget spinner Fidget Spinner ini pada asalnya dicipta untuk …

Awas !!! Bahaya fidget spinner yang ramai orang abaikan

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh