Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Berita

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan PIPPK

admin February 10, 2017

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan

Pendidikan di Malaysia terus mengalami kemajuan progresif selepas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), KSSR dan pelbagai lagi dasar diperkenalkan bagi memantapkan sistem pendidikan di Malaysia.

Antara dokumen terbaru yang akan diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan atau PIPPK.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) yang dibangunkan merupakan dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK bersifat fleksibel untuk memenuhi keperluan kompetensi individu, keperluan organisasi dan standard semasa yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu.

PIPPK dapat memberi panduan bagi memotivasikan PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Pelan ini merupakan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan PPP terus kekal berkualiti sepanjang perkhidmatan. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan pilihan utama.

Dalam dokumen awal yang dikeluarkan oleh pihak KPM, terdapat 5 bab utama yang boleh diperhatikan.

Bab 1 melibatkan profesinalisme keguruan di mana dalam bab ini berkenaan dengan guru Malaysia, Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Mobiliti Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Pada bab ini, diceritakan laluan bagi seorang guru sama ada laluan perkhidmatan bermula dari praperkhidmatan, laluan kepimpinan, laluan pdp, dan mobiliti laluan kerjaya. 41 adalah guru akademik, 44 adalah laluan kepimpinan dan 48 adalah adalah laluan kepakaran.

Bab seterusnya adalah melibatkan peta laluan latihan bagi seorang guru. PPP perlu membuat analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman (Analisis SWOT) yang akan menjadi asas kepada tindakannya bagi memilih laluan kerjaya. Refleksi yang lebih kritikal diperlukan untuk menentukan pembangunan profesionalisme dan laluan kerjaya mengikut kecenderungan diri. Oleh itu, kebijaksanaan merancang amat penting bagi PPP menentukan pembangunan kerjaya berdasarkan potensi kendiri.

Bab ketiga pula melibatkan pembangunan kompetensi yang melibatkan standard prestasi dan penilaian bersepadu pegawai perkhidmatan pendidikan.

Bab keempat melibatkan pembangunan profesionalisme berterusan.

Bab kelima pula melibatkan tadbir urus pelaksanaan pembangunan profesionalisme.

Yang menarik adalah berkenaan mengekalkan kualiti PPP sentiasa padatahap yang optimum, satu dasar baharu telah diperkenalkan iaitu pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 telah menjelaskan bahawa Dasar Pemisah merupakan satu dasar untuk menamatkan perkhidmatan demi kepentingan
awam dan dibersarakan bagi pegawai bertaraf pencen atau pegawai yang memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berprestasi rendah.

PPP yang mendapat markah kurang daripada 60% bagi satu tahun penilaian berdasarkan PBPPP akan melalui
tempoh pemerhatian selama setahun. Sekiranya selepas tempoh pemerhatian prestasi PPP masih berada di bawah 60%, perkhidmatan PPP tersebut boleh ditamatkan melalui penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam berdasarkan
Peraturan 49, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], tertakluk kepada fakta bagi setiap kes.

Bagi membaca lebih lanjut mengenai pelan induk pembangunan profesionalisme keguruan ini, boleh rujuk

Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

RPT 2025 Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR Semakan
RPT 2025 Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR Semakan Perkongsian kali …

RPT 2025 Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR Semakan

RPT 2025 Pendidikan Muzik Tingkatan 5 KSSM
RPT 2025 Pendidikan Muzik Tingkatan 5 KSSM Perkongsian kali ini …

RPT 2025 Pendidikan Muzik Tingkatan 5 KSSM

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh