Soalan Percubaan UPSR 2017 Sarawak
Peperiksaan juga perlu dirangka agar menjadi pendorong supaya pelajar sentiasa ingin belajar dan meningkatkan kefahaman ilmu secara berterusan, tidak hanya terikat kepada musim peperiksaan untuk menjawab kertas soalan.
Di samping boleh memahami sesuatu kandungan dalam sesuatu disiplin ilmu, peperiksaan juga perlu dirangka bagi meningkatkan integriti. Bukankah salah satu etika dalam peperiksaan ialah menjawab secara jelas berasaskan kefahaman, tidak meniru apatah lagi menipu.
Antara soalan-soalan yang sangat popular sebelum bermulanya UPSR adalah soalan percubaan UPSR dari pelbagai negeri. Dan semestinya soalan dari negeri Terengganu dan Kelantan merupakan soalan yang sangat popular.
Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sastera dan teknikal.
Boleh dikatakan soalan dari Terengganu dan Kelantan ini merupakan soalan yang wajib dijawab oleh semua murid di Malaysia sebelum tibanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang sebenar yang bermula pada September nanti.
Soalan dari Terengganu dan Kelantan ini menjadi sangat popular kerana ramai yang beranggapan bahawa soalan dari Terengganu dan kelantan ini merupakan soalan yang sangat berkualiti kerana ramai penggubal soalan upsr Malaysia merupakan guru pakar dan guru cemerlang dari dua negeri ini.
Soalan-soalan dari negeri lain juga menjadi tumpuan dan bahan untuk latih tubi dan gerak gempur untuk murid-murid sebagai persediaan dan latihan tambahan untuk membiasakan murid menjawab soalan upsr sebenar nanti.
Berikut merupakan soalan percubaan upsr 2017.
Daerah utara
Daerah tengah
PPD Baram di bawah
Sri Aman
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com