Ramalan UPSR Sains 2017 daripada Bahan Didik 23 Ogos 2017
UPSR 2017 semakin hampir. Apa yang pasti, semakin hampir UPSR semakin banyak pula soalan dan modul yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru. Selain itu, terdapat juga pelbagai soalan spot atau ramalan yang dikongsikan dan ditularkan dalam media sosial.
Rata-rata rakan guru tidak berputus asa dan masih bersemangat tinggi dalam menyediakan pelbagai bahan kepada murid menjelang bermulanya UPSR.
Tular sekarang soalan soalan UPSR Sains yang dikatakan mirip UPSR. Entah benar atau tidak. Yang pasti, selagi ada masa selagi itulah peluang kita untuk berusaha. Soalan yang dikatakan mirip adalah dari sisipan akhbar Berita Harian iaitu daripada majalah Didik untuk 21 Ogos, 23 Ogos dan 4 September.
Berikut merupakan contoh soalan sains didik 23 ogos 2017.
Yang manakah sesuai mewakili perhubungan yang dinyatakan iaitu S Satu hubungan pemindahan tenaga dalam bentuk makanan daripada satu hidupan ke hidupan yang lain manakala T adalah satu hubungan antara hidupan untuk mendapatkan keperluan hidup yang sama dan terhad.
Selepas diana membasuh tangannya, dia cuba membuka penutup sebuah balang kaca. Malangnya dia gagal. Antara berikut, yang manakah yang terbaik menerangkan situasi yang berlaku.
Ikan badut akan bersembunyi daripada musuhnya pada buran. Ikan badut juga memperoleh makanan berupa parasit pada buran. Ikan badun akan melindungi buran daripada musuhnya dan juga parasit. Namakan jenis interaksi ini.
Ahmad kerap makan lewat dan mendapati perutnya yang kosong mengandungi banyak asid ang menyebabkan dia sakit perut. Antara minuman berikut, yang manakan yang perlu Ahmad elakkan ketika dia hendak mula makan?
Berikut merupakan soalan didik 23 ogos 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com