Ramalan UPSR Sains 2017 daripada Bahan Didik 4 September 2017
UPSR 2017 semakin hampir. Apa yang pasti, semakin hampir UPSR semakin banyak pula soalan dan modul yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru. Selain itu, terdapat juga pelbagai soalan spot atau ramalan yang dikongsikan dan ditularkan dalam media sosial.
Rata-rata rakan guru tidak berputus asa dan masih bersemangat tinggi dalam menyediakan pelbagai bahan kepada murid menjelang bermulanya UPSR.
Tular sekarang soalan soalan UPSR Sains yang dikatakan mirip UPSR. Entah benar atau tidak. Yang pasti, selagi ada masa selagi itulah peluang kita untuk berusaha. Soalan yang dikatakan mirip adalah dari sisipan akhbar Berita Harian iaitu daripada majalah Didik untuk 21 Ogos, 23 Ogos dan 4 September.
Berikut merupakan contoh soalan sains bagi didik 4 september 2017.
Antara berikut, yang manakah alasan yang menerangkan aktiviti tersebut tidak sesuai untuk kesihatan kita?
Lukis aras pergerakan cahaya selepas cahaya lampu suluh dihalakan pada permukaan cermin dan kaca jernih di ruangan di bawah.
Seorang pengembara telah sesat di padang pasir selama seminggu. Bagaimanakah dia boleh menentukan tarikh pada hari dia berada di padang pasir itu?
Antara sifat cahaya berikut, yang manakah membolehkan kaleidoskop menghasilkan coran yang sedemikian.?
Setiap 4 tahun, kita akan mengalami tahun lompat iaitu bilangan hari dalam kalendar tahunan kita menjadi 366 hari. Apakah yang menyebabkan peristiwa itu?
Berikut merupakan sisipan didik bagi 4 september 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com