Cadangan Skema Jawapan Sains Kertas 2 UPSR 2017
Peperiksaan kertas sains 018/1 dan 018/2 telahpun melabuhkan tirainya. Pastinya yang menjadi benak persoalan ibubapa dan guru bagaimanakah keadaan anak-anak dan murid kita ketika menjawab soalan tersebut.
Kertas soalan ini pastinya akan terus digunapakai untuk tahun tahun mendatang bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai bentuk soalan UPSR yang bercirikan KSSR dan Kbat.
Berikut merupakan cadangan jawapan bagi Sains Kertas 2 UPSR 2017
1(a)i- Kaedah yang sesuai untuk susu dan jus adalah pempasteuran.
1(a)ii- Contoh makanan lain yang diawet menggunakan kaedah pengetinan adalah seperti laici, sardin tomato, makanan berempah, kuah spageti dan pelbagai lagi.
1(b)i- Kaedah yang sesuai untuk mengawet sotong adalah melalui kaedah penyejubekuan.
1(b)ii- Kaedah ini digunakan kerana dapat menghalang pertumbuhan mikroorgansima dan tindakan enzim dalam jangka masa yang lama.
2(a)i- Pembolehubah dimanipulasikan adalah Bilangan hari / tarikh taqwim qamari
2(a)ii-Pembolehubah dimalarkan adalah arah sumber cahaya / tempat penyiasatan
2(b)Rajah saiz fasa bulan yang sesuai adalah di mana saiz fasa bulan semakin membesar.
2(c) Rajah dilukis adalah bulan separa dengan sebelah kanan gelap(lorekkan hitam) dan sebelah kiri dibiarkan berwarna putih.
3(a)i- Beban lebih sukar ditolak pada permukaan tar berbanding pada permukaan jubin.
3(a)ii-Daya geseran pada permukaan tar lebih besar berbanding daya geseran pada permukaan jubin.
3(a)iii-Semakin bertambah daya geseran, semakin sukar beban ditolak.
3(b)- Sangat besar.
3(c)-Menyusun kayu atau papan berbentuk roda di bawah sampan.
4(a)i-Bahan J menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru manakalah bahan K menukarkan kertas litmus biru kepada merah.
4(a)ii-Bahan J adalah bahan bersifat alkali seperti shampu dan bahan K adalah bahan bersifat asid seperti limau atau cuka.
4(b)-Bahan neutral adalah bahan yang tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan warna kertas litmus biru.
4(c)-Merasa makanan dengan lidah.
5(a)-Asteroid/Batuan Logam
5(b)-Musytari
5(c)Batuan yang memasuki ruang atmosfera bumi dan menghasilkan coretan cahaya adalah meteor.
6(b)i- Bilangan tikus pada habitat tersebut semakin berkurang.
6(b)ii- Ini disebabkan, bilangan pemangsa seperti ular dan helang semakin bertambah.
6(b)iii-Semakin bertambah bilangan tikus semakin berkurang hasil pengeluaran padi.
7(a)-Untuk menyiasat hubungan di antara kemodenan kereta api dengan kelajuan.
7(b)(i) Jenis kereta api
7(b)ii-Kelajuan kereta api.
7(c)-Semakin bertambah kemodenan kereta api semakin bertambah kelajuan kereta api.
7(d)11.00-7.00 = 4.
4 x 300 = 1200 km.
8(a) berkayu adalah rambutan dan bunga ros manakala tidak berkayu adalah teratai dan paku pakis.
8(b)Paku pakis
8(c) Teratai berbunga, berbuah dan habitat di air.
8(d) Membekalkan gas oksigen kepada manusia.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com
dhana
nak tanya soalan kereta api kalau letak jenis pengangkutan awam dengan kelajuan pengangkutan awam boleh tak sebab topik tersebut adalah tentang pengangkutan awam.tolong respond segera
SHERIN PRIYASHINII A/P BALAMURUGAN
send sains upsr 2020… kertas 1 dan kertas 2… sjkt
SHERIN PRIYASHINII A/P BALAMURUGAN
saya send banyak latihan