Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Lain-lain

Kelebihan Berpuasa 10 Muharam Hari Asyura

admin August 6, 2022

Kelebihan Berpuasa 10 Muharam Hari Asyura

Bagi mereka yang mencari keampunan Allah maka ganjaran yang dijanjikan ialah diampunkan dosa setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda: Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu. [HR Muslim 1162]

Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ atau 10 Muharram merupakan sunnah Nabi.

Di antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.

Surah al-Taubah (36)

Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail).

Galakan Berpuasa Hari ‘Asyura

Walaupun berpuasa pada sepanjang bulan Muharram adalah digalakkan, akan tetapi terdapat nas khusus yang menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari ‘asyura. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat berikut:

Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Riwayat Ibn Majah (1738)

Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, akan tetapi kita juga turut diperintahkan untuk mengikutinya dengan berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya. Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.

Riwayat Ahmad (2154)

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

  • Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
  • Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
  • Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
  • Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
  • Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Prev Article
Next Article

Related Articles

RPT Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 2
RPT Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 2 Bagi guru sekolah menengah …

RPT Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 2

DO YOU WANT TO BECOME A TUTOR? Here’s a guide …

DO YOU WANT TO BECOME A TUTOR?

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh