Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Berita

rumah perlindungan al-nasuha

admin June 25, 2016

pertubuhan anak yatim al-nasuha

BATU CAVE – “Kami akan dihalau jika tunggakan RM387,000 tidak dibayar,” demikian kata wakil Rumah Perlindungan Al Nasuha yang sudah buntu mencari jalan penyelesaian.
Sejak semalam, viralnya kenyataan laman Facebook Rumah Perlindungan Al Nasuha yang meminta bantuan orang ramai agar rumah perlindungan yang menempatkan 70 orang anak yatim, miskin dan terbiar itu dapat dikekalkan.
“Viralkanlah agar segera mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang boleh membantu kami menyelesaikan kemelut tempat perlindungan yang menempatkan lebih 70 anak-anak yatim ini,” rayunya.
Menurutnya, mereka telah cuba meminta bantuan dari YAPEIM, Baitulmal dan beberapa badan NGO, namun sehingga kini tiada sebarang maklumbalas yang diberikan.
 rumah perlindungan anak yatim al nasuha
“Apakah kerana anak-anak yatim di sini tidak comel seperti anak-anak dari luar negara atau kerana kami tiada darjat dan pangkat?
“Kami akan dihalau keluar dari rumah ini sekiranya kami gagal menyelesaikan bayaran tunggakan sebanyak RM387,000 sebelum hujang Jun ini. Jika gagal, kami terpaksa berlindung di bawah jambatan atau bangunan lama terbiar.
“Jika begitu, maka nasib kami lebih malang dari pendapang atau pelarian yang dibawa masuk ke Malaysia dan kemudiannya diberikan pelbagai kemudahan bertaraf 5 bintang,” katanya yang sudah buntu mencari jalan penyelesaian dan berserah dan berharap Allah mendengar doa dan rintihan mereka.
Bagi mereka yang sudi membantu, bolehlah menyumbang ke akaun berikut:
 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK_ANAK YATIM AL NASUHA
MAYBANK – 564829000530
 
Bagi mereka yang ragu-ragu atau perlukan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Umi, 0179354323 atau datang ke, 
 
RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA
Lot 410 J, Taman Changkat Mulia,
Off Berjaya 6, Kampung Changkat
68100 Batu Cave Selangor
Difahamkan, rumah dan tanah tersebut pada asalnya telah diwakafkan kepada Pertubuhan Anak Yatim (PAY) yang telah pun dibubarkan. Dakwa sumber yang terdapat dalam ruangan komen Rumah Perlindungan Al Nasuha, Pengerusi PAY telah membuat pindahmilik tanah tersebut ke atas namanya sendiri, setelah kesemua anak-anak yatim berpindah ke tempat lain.
Rumah dan tanah itu kemudiannya ditawarkan dengan RM500,000 kepada pembeli yang mengendalikan lebih 100 orang anak yatim yang berusia di antara 2 bulan hingga 15 tahun, dan golongan wanita yang teraniaya. Dengan bantuan derma, RM120,000 telah dibayar ‘pemilik’ sebagai wang pendahuluan.
Bagaimanapun, ‘pemilik’ telah mendapat tawaran yang lebih tinggi untuk tanah dan kediaman tersebut. Lalu dia mencari alasan untuk menghalau para penghuni rumah perlindungan ini  keluar, meskipun di bulan ramadhan ini. Untuk pengesahan mengenai dakwaan ini, sila hubungi Umi pada nombor yang telah disertakan di atas.
sebarang perkara atau kebenaran boleh hubungi nombor yang telah diberikan atau rujuk facebook pada link yang diberikan..
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Prev Article
Next Article

Related Articles

Penangguhan Aktiviti Air Bagi Kegiatan Kokurikulum Berikut merupakan kenyataan KPM …

Penangguhan Aktiviti Air

Info mengenai tayar yang wajib semua orang tahu Perkongsian cerita …

Info mengenai tayar yang wajib semua orang tahu

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh