Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

upsr

Analisis Bahasa Inggeris UPSR 2016

admin September 6, 2016

Analisis Bahasa Inggeris 2016

Selesai sudah peperiksaan bagi kod kertas 013 dan 014 untuk SK bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Guru-guru bahasa inggeris dan murid sudah dapat menarik nafas lega kerana mata pelajaran yang dikatakan paling sukar antara 4 mata pelajaran telahpun selesai.

analisis bi upsr

Dengan ini, pihak kami akan menfokuskan kepada kertas Bahasa Inggeris Penulisan. Analisis ini diperolehi daripada perbualan dan pertanyaan dengan ramai murid terhadap kertas soalan tersebut.

Format UPSR Bahasa Inggeris Penulisan pada thaun ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A (10 markah), Bahagian B (15 markah) dan Bahagian C (25 markah).

Analisis Bahagian A

Untuk bahagian A, boleh dikatakan ramai murid mengatakan agak senang kerana jawapan sudah tersedia.

Ini contoh soalannya:

Maklumat yang diberikan :

Get the seeds

#online stores

# nurseries

..you will need to purchase the seeds from ______________ or nurseries.

Untuk mengisi jawapan di atas, murid hanya perlu menyalin online stores ke dalam tempat kosong untuk mendapat markah.

Bahagian B.

Bahagian B terbahagi dua, iaitu B(i) dan B(ii). Bagi B(i), ia sangat senang kerana murid perlu memindahkan maklumat sahaja ke dalam jadual. B(i) membawa 3 markah sahaja.

Untuk B(ii), ini yang sangat mendukacitakan. Terdapat beberapa orang murid terkeluar dari tajuk. Ini berlaku kerana mereka membaca arahan bahasa Melayu dan bukan arahan bahasa Inggeris.

Perhatikan arahan bahasa inggeris.

You have to carry out one of the activities.

Arahan bahasa Melayu

Kamu ingin mengadakan satu aktiviti bersama-sama dengan kawan kamu.

Murid mengadu mereka tersilap faham berkenaan dengan ayat “satu aktiviti” pada soalan. Mereka sangka mereka boleh rancang satu aktiviti secara bebas, sebaliknya sebenarnya mereka perlu rujuk kepada 4 aktiviti yang telah diberikan sedikit maklumat iaitu aktiviti bermain gasing, congkak, layang-layang dan berbasikal. Mana-mana aktiviti selain daripada 4 aktiviti tersebut dikatakan “out of topic”. Maka, adalah 3-4 orang murid pandai yang buat permainan bola sepak dan komputer. Kesian betul murid tersebut.

Bahagian C.

Untuk bahagian C, terdapat 2 soalan dan murid perlu pilih salah satu soalan. 2 soalan ini meminta murid menulis cerita. Gambar dan maklumat telah diberikan dengan banyak untuk menjawab soalan ini. Hanya penulisan dan grammar murid sahaja yang menentukan markah mereka.

Soalan 1 diberikan 4 gambar dan 8 soalan yang perlu dirujuk oleh murid untuk membina cerita. Ia berkenaan dengan Imran membela seekor arnab.

Soalan 2 pula diberikan 4 gambar berkelah dengan beberapa perkataan. Ia berkaitan gambar berkelah dan murid tersebut tercedera semasa berkelah.

Namun, ada guru yang mengadu ini di luar kebiasaan kerana ramai menjangka soalan dalam bentuk emel yang akan keluar. Takpalah adalah rezeki murid nanti.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Modul BM Penulisan UPSR Pasti A Pahang Bagi subjek bahasa …

Modul BM Penulisan UPSR Pasti A Pahang

Modul Pembolehubah UPSR Walaupun format UPSR sudah berubah bermula 2016, …

Modul Pembolehubah UPSR

About The Author

admin

2 Comments

  1. Ulaa

    Ilikeit

    September 7, 2016
  2. Kriishiv

    vey good i like this web

    August 12, 2017

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh