Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Lain-lain

Perkara Guru Perlu Selesaikan di Hujung Tahun Persekolahan

admin November 4, 2016

APA YANG PERLU GURU SELESAIKAN DI HUJUNG TAHUN

Sesi persekolahan pada tahun ini semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermulanya cuti persekolahan, terdapat beberapa perkara yang guru perlu selesaikan supaya minda guru ini dapat direhatkan pada waktu cuti. (mana yang dapat bercuti penuhlah ye)

perkara-guru-perlu-selesaikan-sebelum-cuti-persekolahan

Sebelum berakhirnya persekolahan, sememangnya tugasan perkeranian dan pengurusan merupakan tugasan yang banyak dan bertangguh yang perlu guru selesaikan. Manalah tahu nanti semasa tengah bercuti, ada dapat call atau whatsapp untuk menyelesaikan kerja yang tertunggak. Oleh itu, eloklah guru buat checklist dulu supaya masa yang ada ini dapat digunakan untuk menyelesaikan kerja yang tertunggak.

Antara perkara yang perlu diselesaikan adalah.

1)Pengisiaan Template Pelaporan Murid.

Ini merupakan kerja bagi setiap guru. Pelaporan ini perlu diisi dengan berpandukan eviden yang ada dan disimpan sama ada dalam bentuk softcopy atau hardcopy.

Pelaporan Tahun 1 hingga Tahun 6

2)Buku/Fail Rekod Pengajaran Harian.

Dalam buku/fail rekod pengajaran harian ini, pastikan guru sudah menulis semua refleksi dan rancangan pengajaran harian dengan lengkap. Buku ini hendaklah disimpan oleh pihak sekolah dengan selamat. Pastikan semua maklumat penting yang perlu dicatat ada tertulis dalam buku ini. Antaranya markah ujian/peperiksaan murid, bukti disemak oleh pentadbir, tarikh perbincangan dan pelbagai lagi.

3)Fail Kokurikulum/Guru Penasihat KO.

Bagi sesiapa yang menjadi guru penasihat Persatuan Akademik, Unit Beruniform atau Kelab Sukan dan Permainan, pastikan kandungan fail dan senarai semak lengkap pada fail tersebut. Ini juga bertujuan untuk memudahkan urusan memasukkan markah murid dalam PAJSK nanti.

Panduan Fail Kokurikulum

4)Buku kehadiran murid.

Ini bagi guru kelas, pastikan kehadiran murid semua tercatat dari awal tahun sehingga hujung tahun. Peratus kehadiran murid pula (bulanan) ditulis di belakang buku kehadiran. Semua sijil sakit dilampirkan di dalam buku ini. Selepas itu, semak dan keluarkan surat kepada murid yang banyak tidak hadir atau tidak hadir berturut-turut.

5)Buku Aktiviti/Buku Kerja murid

Buku Aktiviti dan Buku Kerja murid pastikan semuanya dibuat oleh murid dan DITANDA oleh guru. Nantikan disemak pentadbir mengatakan guru tidak melaksanakan kerja sebaiknya. Pastikan pula guru ada menyimpan satu atau dua buku aktiviti dan buku kerja murid sebagai bukti dan rujukan pengajaran di masa akan datang.

6)Maklumat APDM murid.

Maklumat murid dalam APDM pula perlulah lengkap dan tepat mengikut apa yang diberikan oleh ibubapa mereka. Ini disebabkan, dikhabarkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM dan Rancangan makanan tambahan RMT merujuk kepada perkapita murid dan keluarga pada sistem APDM ini.

7)Markah Peperiksaan Akhir Tahun Murid.

Markah peperiksaan akhir tahun murid pula perlu diisi ke dalam buku rekod pencapaian murid dan SPAPS. Markah murid ini diberikan kepada ibubapa murid selepas peperiksaan akhir tahun.

8)Sasaran Kerja Tahunan.

Para guru semak SKT para guru. Semua perkara atau program yang dirancang, perlu dilaksanakan supaya SKT yang dibuat dapat mencapai markah sepenuhnya. Barulah prestasi guru dikatakan baik ataupun cemerlang.

9)Pelaporan Murid Tahun 6 dan PAJSK

PAJSK perlu diisi online menggunakan kata laluan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Setiap guru penasihat perlu mengisi pencapaian murid di pautan PAJSK dan mencetaknya untuk diberikan kepada murid. Perkara berkaitan PAJSK ini boleh dilihat di bawah sini.

Panduan dan Info PAJSK

Pelaporan murid tahun 6 juga perlu diisi dan dilengkapkan dengan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Tatacara dan contoh menyediakan Pelaporan Akhir Tahun 6 dan Tingkatan 3 boleh dilihat di bawah.

Tatacara Pelaporan Akhir Tahun 6 dan Tingkatan 3

10)Fail Panitia

Fail Panitian juga perlu diselesaikan. Semua minit mesyuarat dan kad petak barang yang dibeli perlu disediakan dan dilengkapkan bagi memudahkan urusan audit nanti.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whatsapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Percubaan Bahasa Melayu PT3 Kelantan 2016
Percubaan Bahasa Melayu PT3 Kelantan 2016 PT3 merupakan suatu pentaksiran …

Percubaan Bahasa Melayu PT3 Kelantan 2016

Panduan Pengajaran PJPK Tahun 1 (Komponen PK)
Modul Pengajaran dan Pembelajaran KSSR Sebagai langkah membantu guru dan …

Panduan Pengajaran PJPK Tahun 1 (Komponen PK)

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh