Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Lain-lain

Pengalaman daripada Egtukar guru yang lulus.

admin November 8, 2016

Pengalaman daripada Egtukar yang lulus.

Kalau seseorang itu bergelar guru, antara perkara yang pastinya akan mereka tunggu atau pernah tunggu adalah keputusan Egtukar. Bagi yang tidak mengetahui, Egtukar merupakan satu sistem yang dibuka 2-3 kali setahun bagi menguruskan permohonan pertukaran guru di seluruh Malaysia.

Namun, bagi yang lulus itu merupakan satu rahmat dan rezeki yang paling disyukuri, tetapi bagi yang tidak berjaya, perasaan kecewa dan sedih pasti datang. Lebih lebih lagi dengan pelbagai dugaan sekarang seperti berjauhan dengan keluarga, masalah ekonomi, kesukaran ataupun jauh dari kampung, masalah ibu dan ayah yang sudah tua, masalah kesihatan, dan pelbagai masalah lagi yang bermacam-macam jenis. Keputusan seperti gambar di bawahlah yang paling kita sebagai guru tidak mahu lihat.

egtukar-pengalaman

Di sini dikongsikan beberapa pengalaman daripada guru yang lulus bertukar berkenaan dengan cara yang dilaksanakan oleh mereka.

1)Rayuan.

Ya, itulah yang perlu dibuat setiap kali selepas keluar keputusan egtukar. Kalau diikutkan, memang benar KPM tidak pernah mewujudkan istilah rayuan selepas sahaja keputusan permohonan pertukaran dikeluarkan. Namun, sebagai manusia, itu merupakan salah satu usaha yang dibuat dalam memastikan rayuan permohonan kita diterima.

Semasa membuat rayuan, dalam isi kandungannya, perlu dinyatakan perkara penting. Antara perkara penting adalah pengenalan diri kita seperti IC, Sekolah dan PPD semasa, Opsyen, Kemahiran, Kejurulatihan dan apa-apa sahaja yang berguna yang boleh ditonjolkan dalam diri kita semasa membuat rayuan. Kemudian, kandungan kedua yang penting adalah dengan memberi 1001 alasan kenapa kita mahu pindah dan lampirkan bukti yang disahkan di belakang surat kandungan tersebut.

2)Melalui guru besar atau tidak?

Semasa membuat rayuan, antara perkara yang berfikir nak melalui guru besar atau tidak. Ini terpulang kepada anda. Ada yang tidak melalui guru besar terus ke JPN/KPM pon ada yang dapat tukar, dan ada yang melalui guru besar pon ada yang dapat tukar. Konsep dia senang, kalau guru besar dah tak sokong masa kita mohon egtukar, kenapa dia nak sokong masa rayuan. Jadi, tak perlulah minta melalui guru besar jika guru besar itu banyak karenah ataupun tak sokong permohonan kita.

3) Nak dihantar ke mana?

Ini bergantung. Jika nak bertukar dalam negeri, tidak perlu hantar ke KPM. Ini sendiri diberitahu oleh pegawai yang bercakap telefon. Cukup sekadar ke JPN. Ada seorang kawan pernah dapat bertukar dalam daerah dengan membuat rayuan dan hanya menghantarnya kepada JPN dan PPD dipohon tanpa melalui guru besar. Rezekinya, dapat berpindah atas perpindahan Semakan Semula. Malah ada kawan dari Baram Sarawak yang menghantar rayuan ke KPM sahaja, tanpa melalui PPD dan JPN pon dapat pindah ke daerah sendiri di Pahang.

4) Perlu ke berjumpa dengan pegawai di BPSH untuk merayu pertukaran kali ini.?

Ini yang biasa kita nak buatkan. Jumpa pegawai BPSH. Untuk pengetahuan semua, pegawai tersebut akan selalu tidak ada di pejabat. Itu alasan yang sering kita dengar. Untuk makluman semua, pada september 2016, seorang kawan telah pergi ke KPM untuk merayu, pada waktu itu ramai juga orang yang mahu merayu untuk bertukar.  Tunggu punya tunggu, pegawai tersebut tiada dan mereka yang datang ke KPM itu dikumpul dalam satu bilik mesyuarat dan diberi makluman berkenaan egtukar ini. Semasa taklimat itu, siapa pegang telefon mesti kene sound takut perjumpaan tersebut direkod.

5) Rayuan ini orang baca ke tidak?

Kadang-kadang kita berfikir rayuan kita hantar itu dibaca atau tidak sebab kadang dah  banyak kali merayu dan pelbagai alasan guna pon masih tak lulus. Kadang-kadang dengar orang bagi alasan tak kritikal pon boleh dapat tukar. Contohnya seorang guru ini, menulis alasan bertukar kerana mahu berjemaah solat. Yang ini pon dapat tukar. Berbeza pula dengan ada rakan guru yang beri alasan kritikal seperti tekanan hidup, rumah tangga porak peranda, umur sudah 30-an tapi belum dapat anak kerana berjauhan dengan suami, ibuayah sakit kritikal di kampung, kesukaran berada di ppd semasa kerana anak ramai dan bermasalah kesihatan, tempoh perkhidmatan terlalu lama dan pelbagai lagi pon belum dapat pindah.

Konsep dia mudah. Kalau orang KPM itu makan gaji buta, mereka tak bacalah. Apabila kita dah hantar surat rayuan, menjadi kewajipan mereka untuk membaca surat tersebut dan bukannya letak dalam tong sampah. Samalah bila murid kita menghantar hasil kerja mereka, tulisan hodoh atau salah jawab, kita tetap menyemaknya kerana ini tugas kita sebagai guru. Samalah dengan mereka, tugas mereka membaca surat dihantar, kalau tak baca, menjawablah nanti di akhirat sama ada kerja yang mereka buat itu ada berkat atau tidak.

6) Negeri yang mudah lulus.

Asal keluar analisa guru mohon bertukar, Kelantan dan Terengganu pastinya hotspot kerana terlalu ramai nak masuk dan terlalu sedikit nak keluar. Sama dengan Sarawak, Johor, Sabah, terlalu ramai pula nak keluar tetapi terlalu sedikit yang nak masuk. Bagi mereka yang mohon ke Terengganu, agak sukar sekarang kerana ramai juga orang Kelantan yang mohon ke Terengganu kerana terlalu sukar nak masuk Kelantan. Sampaikan mereka di JPN sudah berpesan elakkan mohon di Daerah hampir dengan sempadan Kelantan kerana permohonan IC 03 terlalu ramai. Tetapi jaga-jaga sekarang, terdengar berita bahawa JPN Terengganu dan PPD di Terengganu sudah mula mengutamakan permohonan masuk oleh orang tempatan kerana mereka tidak mahu lagi guru transit di Terengganu kerana ini pastinya menganggu urusan pentadbiran.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020 Perkongsian ini adalah …

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020

DSKP Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 4 dan 5 KSSM
DSKP Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 4 dan 5 KSSM Bermula …

DSKP Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 4 dan 5 KSSM

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh