Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Lain-lain

Tidur Mengikut Rasulullah S.A.W

admin November 16, 2016

PANDUAN TIDUR MENGIKUT RASULULLAH S.A.W

Tidur merupakan satu keperluan kepada manusia. Islam juga ada memberikan panduan dan bimbingan kepada orang Islam untuk tidur dengan baik dan betul. Cara dan perlakuan Nabi Muhammad S.A.W ketika tidur juga menjadi sunnah dan ikutan kepada umat Islam.

Cara Rasulullah s.a.w tidur adalah dengan memiringkan tubuh ke arah kanan, berzikir dan tidur tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau keadaan terlalu lapar.

Tidur mempunyai dua kebaikan iaitu.

  • Merehatkan seluruh anggota badan termasuk deria, sehingga menyebabkan badan terlepas dari beban kerja berat dan menghilangkan kepenatan.
  • Tidur juga menyempurnakan penghadaman makanan dan proses pembakaran di dalam badan.

Islam juga menitikberatkan waktu tidur dalam kehidupan seharian. Tidur waktu siang tidak baik kecuali seketika sebelum zohor. Ini disebabkan tidur pada waktu siang menyebabkan timbul sifat malas, melemaskan saraf, dan beberapa perkara lagi. Tidur yang paling tidak baik adalah ketika di awal siang dan akhir siang.

Tidur di awal siang iaitu di waktu pagi dapat menolak dan mengecilkan pintu rezeki.  Tidur pagi ini juga dapat menyebabkan otot dan badan berasa malas dan lemah. Tidur selepas asar juga dikatakan tidak elok kerana boleh menyebabkan kegilaan.

Menurut buku Berubat Mengikut Nabi, alasan kenapa memiringkan badan ke kanan ketika tidur adalah untuk mengurangkan rasa nyenyak ketika tidur. Ini disebabkan, apabila memiringkan badan ke kanan, jantung yang berada di kiri pastinya akan mencari kedudukannya di sebelah kiri. Ini menyebabkan tidur menjadi kurang nyenyak.

Berbeza pula ketika tidur memiringkan ke kiri, ketika tidur sebegini, pastinya jantung akan berada pada kedudukan yang sangat selesa sehingga menyebabkan tidur menjadi sangat nyenyak. Tidur yang terlalu selesa ini pastinya menyebabkan seseorang itu akan terlepas sesuatu pekerjaan yang penting dalam hal seharian.

Rasulullah s.a.w berpesan supaya untuk umatnya mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum tidur. Baca doa di bawah ketika mahu tidur.

“Ya Allah, sesungguhnya aku berserah diri kepada Mu, mengarahkan wajahku kepada Mu, menyerahkan urusanku kepada Mu, menyandarkan punggungku kepada Mu, kerana rasa harap dan takut kepada Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan melainkan kepada Mu jua. Aku beriman kepada kitab Mu yang Engkau turunkan, Nabi yang Engkau utus.”

In sha Allah tidur menjadi ibadah dan dalam rahmat Allah s.w.t

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

DSKP Kesusasteraan Cina Tingkatan 4 dan 5 KSSM
DSKP Kesusasteraan Cina Tingkatan 4 dan 5 KSSM Bermula 2017, …

DSKP Kesusasteraan Cina Tingkatan 4 dan 5 KSSM

DSKP KSSR 2017 SEMAKAN Tahun 1 Bermula tahun 2017, Dokumen …

DSKP Sains Tahun 1

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh