Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

pekeliling

Larangan Pemberian Cenderamata Dalam Majlis Rasmi

admin January 12, 2017

LARANGAN PEMBERIAN CENDERAMATA

Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan sekolah untuk memberikan cenderamata kepada jemputan yang hadir ke sekolah untuk merasmikan sesuatu acara.

Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil 1/1986, terdapat larangan dan arahan untuk memberhentikan pemberian cenderama kepada VIP yang dijemput ke sekolah.

Cenderamata ini diberikan sebagai tanda ucapan terima kasih sekolah kepada pihak tersebut atas jasa merasmikan program dan majlis di sekolah.

Pekeliling ini juga bukan tertakluk kepada aktiviti/majlis/program peringkat sekolah sahaja, malah, ia juga tertakluk kepada majlis rasmi di peringkat zon, daerah dan negeri.

Apa yang menjadi perhatian adalah kebimbangan atas cenderamata tersebut kadang kala dianggap agak mahal. Sebagai contoh, plaq yang sudah bertulis pun ad yang mencecah lebih RM50 ringgit.

Larangan tersebut dinyatakan secara khusus dalam pekeliling ini terhadap Menteri Pelajaran, Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran, pegawai dari Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah. Tidak pula dinyatakan sama ada larangan sebegini tertakluk juga kepada pegawai dari organisasi swasta, Wakil Rakyat (YB) atau orang berkedudukan yang lain.

Mahupun begitu, pekeliling ini sama sekali tidak melarang jika cenderamata yang diberikan itu adalah hasil usaha kerja pelajar itu sendiri.

Makluman tambahan juga yang dinyatakan pada pekeliling ini adalah berkenaan dengan penyediaan corsage atau rosette atau bunga yang besar dan mahal untuk tetamu khas dan pihak lain yang dijemput ke sekolah. Pihak  KPM tidak menggalakkan sama sekali penggunaan corsage dan rosette ini.

Jika rosette atau corsage hendak juga disediakan kepada tetamu, ia hendaklah kecil dan murah harganya.

Ini disebabkan untuk menjimatkan perbelanjaan dalam mengelolakan sesuatu majlis.

Kenyataan ini boleh rujuk di gambar di bawah.

Jika masih mahu membaca keseluruhan pekeliling ini, boleh rujuk

Pekelilign Bil 1/1986 Larangan Pemberian Cenderamata

 

Tidak dipastikan juga sama ada terdapatkah pekeliling yang meminda peraturan ini.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

RPT 2025 Sains Tahun 6 KSSR Semakan
RPT 2025 Sains Tahun 6 KSSR Semakan Perkongsian kali ini …

RPT 2025 Sains Tahun 6 KSSR Semakan

RPT 2025 Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR Semakan
RPT 2025 Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR Semakan Perkongsian kali …

RPT 2025 Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR Semakan

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh