Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Berita

Kreatif!! Guru guna elemen Disney Snow White dalam pdp murid

admin July 18, 2017

Guru guna elemen Disney Snow White

Pendidikan zaman sekarang, kita boleh lihat pelbagai usaha daya dan idea yang diketengahkan oleh guru untuk menarik minat murid seterusnya membantu murid menguasai sesuatu kandungan dan topik pembelajaran.

Perkongsian kali ini berkenaan dengan idea seorang guru menggunakan elemen Disney Snow White dalam kelas pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Sains bagi menarik minat dan meningkatkan pencapaian murid.

Jika dibaca dongeng eropah, Snow White ini merupakan seorang puteri raja yang melarikan diri daripada emak tirinya yang merupakan seorang ahli sihir. Emak tirinya mahu membunuhnya kerana cemburu kerana snow white adalah paling cantik ketika itu sehingga puteri tersebut melarikan diri ke kawasan orang kerdil.

Tiga kali Ratu menyamar untuk menziarahi rumah orang kerdil untuk cuba membunuh Putih Salju ketika para orang kerdil keluar dari rumah. Pertama sekali, Ratu menyamar sebagai penjaja dan menawarkan kain les penetap yang berwarna-warni. Dia memakaikan les itu pada Puith Salju seketat-ketatnya sehingga puteri itu rebah, kemudian meninggalkannya kerana disangka mati. Mujurlah Snow White diselamatkan oleh para orang kerdil dengan melonggarkan les itu.

Kemudian, Ratu berpakaian sebagai orang tua yang berlainan sekali wajahnya lantas menyikat rambut Putih Salju dengan sikat beracun. Sekali lagi Putih Salji rebah, dan sekali lagi dia diselamatkan oleh para orang kerdil. Akhirnya, Ratu menyediakan sebiji epal beracun, menyamar sebagai isteri petani, dan sekali lagi mendekati Snow White. Oleh sebab Putih Salju ragu-ragu untuk menerimanya, Ratu membelah buah epal itu, memakan separuh yang putih dan menyerahkan separuh yang merah dan beracun kepada puteri itu. Putih Salju memakan buah itu tanpa teragak-agak dan terus hampir pengsan. Kali ini, tujuh orang kerdil tidak dapat membangkitkannya semula, maka mereka menyangka puteri yang pernah bersemayam bersama mereka selama ini sudah pergi lalu menyimpan jasadnya dalam keranda emas.

Kemudian datang seorang putera raja. Mengikut mitos, pelbagai versi cerita bagaimana putera raja ini menyembuhkan snow white ini. Ada melalui ciuman dan ada melalui tragedi terjatuh ketika membawa keranda puteri tersebut.

Sekarang mari kita lihat bagaimana guru ini mengaitkan kisah snow white ini dengan pdp subjek Sains Tahun 4 bagi topik Pengukuran untuk isipadu cecair. Idea ini dikongsikan oleh Cikgu Aiza dari sekolah dari negeri di Sarawak.

Untuk melaksanakan idea ini, guru memberikan satu situasi di mana seorang murid melakonkan sebagai seorang puteri raja dan telah termakan sebiji epal yang beracun angkara daripada seorang ahli sihir yang jahat.

Bagi menyelamatkan puteri raja ini, murid harus menyediakan penawar untuk puteri raja ini menggunakan resipi dan sukatan cecair yang telah disediakan. Penawar ini harus disediakan mengikut panduan dan sukatan yang betul bagi mengubati sakit puteri tersebut.

Berikut antara beberapa gambar yang dikongsikan oleh cikgu ini.

Gambar di atas merupakan beberapa radas dan bahan untuk melaksanakan idea ini. Ada jug kecil, silinder penyukar, bikar kecil, kon penyukat. Guru ini menggunakan pelbagai radas untuk menyukat isipadu air bagi membolehkan dan memberikan pendedahan kepada murid menggunakan pelbagai alatan untuk menyukat isipadu air.

Antara proses kerja yang dilakukan oleh murid secara berkumpulan untuk menyediakan ramuan penawar dengan mengikut sukatan dan panduan yang diberikan.

Lagi proses kerja murid menyukat isipadu cecair menggunakan radas yang diminta guru.

Kumpulan murid yang telah berjaya menyediakan penawar untuk racun sang puteri. Gembira murid kerana dapat belajar sambil bermain. Tahniah cikgu !!!!

Penawar dan epal beracun yang digunakan dalam pdp ini. Epal disediakan oleh guru manakala murid secara dalam kumpulan menyukat dan menggunakan pelbagai radas sains untuk menghasilkan penawar untuk sang puteri.

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Group Whatsapp Ibu Bapa Hari ini, mungkin ada yang terbaca …

Guru mengeluh group whatsapp ibubapa

Tarikh 1 Muharam 1439H adalah pada 22 September bukan 21 …

Tarikh 1 Muharam 1439H adalah pada 22 September bukan 21 September

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh