KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH MURID PELAJAR CEMERLANG / MAJLIS APRESIASI
Kali ini, pihak kami berkongsi kertas kerja dan buku program berkenaan dengan Majlis Anugerah Murid / Pelajar Cemerlang ataupun Majlis Apresiasi Murid.
Contoh sedikit berkenaan dengan kertas kerja
PENGENALAN
Hari Anugerah Cemerlang merupakan agenda tahunan Sekolah Kebangsaan iaitu bagi menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, Hari Anugerah Cemerlang juga adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.
MATLAMAT
Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan.
- Memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
- Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif.
- Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang berpengetahuan , berkebolehan dan berkemahiran.
- Mengeratkan kerjasama antara ibubapa atau penjaga murid dengan pihak pentadbiran dan guru-guru.
- Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan, bersatu padu dan muhibah antara rakan.
RASIONAL
- Menjadi motivasi kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
- Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum di samping memiliki sahsiah terpuji.
Berikut merupakan kertas kerja hari anugerah cemerlang termasuk buku program dan konvokesyen pra. Terima kasih kepada yang menyumbang.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]