Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Berita

CRK vs Cuti Rehat

admin November 27, 2015

crk

Seringkali kita keliru berkenaan cuti rehat dan cuti rehat khas yang terdapat dalam perkhidmatan pendidikan.

Mari kita lihat dari segi bilangannya. Cuti rehat khas bilangannya 7 hari setahun yang digunapakai oleh semua guru termasuk guru penolong kanan di sesebuah sekolah.  Cuti rehat pula bilangannya berbeza mengikut gred dan tempoh perkhidmatan. Cuti rehat ini dinikmati oleh pentadbir (guru besar/pengetua) dan pekerja pejabat seperti pembantu pengurusan murid, kerani, penyelia asrama, pembantu tadbir dan pembantu am. Bilangan cuti rehat boleh dilihat pada gambar di bawah.

cuti rehat 1cuti rehat 2

 

Penggunaan cuti rehat dan cuti rehat khas ini amat berbeza sekali. Cuti rehat boleh dipohon untuk pelbagai kegunaan walaupun tujuan untuk berehat. Mahupun begitu, kelulusannya bergantung kepada ketua jabatan. Jika terdapat perkara yang penting, seperti kehadiran jemaah nazir, ketua jabatan boleh tidak meluluskan cuti rehat tersebut. Cuti rehat khas pula digunakan jika pegawai terdapat sebarang urusan penting dan kecemasan itupun bergantung kepada budi bicara guru.

Bilangan kelayakan cuti rehat khas pula dipohon mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian. 7 hari cuti rehat khas hendaklah dikira dengan membahagikannya kepada 12 bulan dalam setahun. Ini bermaksud, sehingga bulan Jun, pegawai hanya dapat menikmati 3.5 cuti rehat khas sahaja.

Namun, bermula Mac 2015, pihak kementerian telah menggariskan tatacara baru bagi penggunaan cuti rehat khas kepada guru. Perkara ini boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 2015. Pada pekeliling ini, guru boleh memohon sehingga 7 hari cuti rehat khas tanpa mengira tempoh kelayakan dalam tahun tersebut atas sebab 8 perkara.Iaitu :

  • menziarah ahli keluarga dan ahli keluarga rapat yang sakit tenat atau meninggal
  • menziarahi upacara kagamaan.
  • kecemasan / kemalangan seperti banjir, kebakaran dan sebagainya
  • majlis konvokesyen pegawai atau keluarga rapat.
  • mendaftar anak sekolah atau di ipt
  • menunaikan fardhu haji
  • menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus
  • perkahwinan pegawai atau anak pegawai

Namun begitu, jika tempoh perkhidmatan pegawai tidak mencukupi selama setahun, cuti rehat khas perlu diganti dengan bentuk pemotongan emolumen.

Rujuk situasi di bawah.

Pegawai A telah menggunakan 7 hari cuti rehat khas disebabkan pelbagai perkara di antara bulan januari hingga mac. Pada bulan Oktober pula, pegawai tersebut bercuti tanpa gaji selama sebulan disebabkan menjaga anaknya di hospital. Cuti tanpa gaji tersebut menyebabkan pegawai tersebut tidak layak sebenarnya menggunakan 7 hari cuti rehat khas dan bilangan kelayakannya pada tahun tersebut hanyalah 6 hari. Oleh itu, 1 hari terlebih yang digunakan oleh pegawai tersebut pula diganti dengan potongan emolumen sebanyak satu hari.

Diharapkan dengan penerangan ini dapat memberi penerangan lebih kepada sesiapa yang berkenaan.

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]

 

Prev Article
Next Article

Related Articles

Tips nak kurangkan penggunaan storage Iphone Anda semua pengguna Iphone? …

Tips nak kurangkan penggunaan storage Iphone

Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk …

Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya

About The Author

admin

11 Comments

  1. Amrit Kaur khaira

    Setiap kali guru guru di sek saya Ingin nak mohon CRK, guru besar sentiasa menunjuk ketodaksetujuan dan Sukarno untuk me dapat kelulusan. Saya nak pergi ke luar negara dengan swami…mohon untuk 1 hari shj,
    Iaitu selepas upsr ….tidak Ada kelas langsung Kernail murid dictum an tapi guru besar masih marah kata tidak boleh. Setiap kali org nak mohon, dia Akan bising. Nak ambil CRK masa cuti ke??

    September 3, 2016
    • admin

      itulah..bergantung kepada ketua jabatan..orang atasan sepatutnya mempunyai pertimbangan dan boleh berfikir jika berada di tempat orang lain

      September 6, 2016
  2. Mohamad bin Abdullah

    Bagaimana kalau CRK masih ada tapi GB x luluskan CRK utk mghadiri majlis graduasi anak?

    October 5, 2016
    • admin

      itu kene maklumkan kepada ppd lah…ataupun bincang elok2 dan bawa pekeliling ini…

      October 5, 2016
  3. mohammad zulfaqar

    ada ke pekeliling guru tidak dibenarkan menambah cuti pada setiap kali cuti persekolahan atau cuti perayaan?

    October 19, 2016
    • admin

      tidak pernah berjumpa…tapi itulah yang menjadi amalan sekarang

      October 19, 2016
  4. Mimie

    Nak tanya jugak laaa..ada x mana-mana pekeliling yang menyatakan guru tidak perlu menggantikan semula kelasnya pada hari guru CRK?

    March 27, 2017
    • admin

      xde cg..yg pasti xde jugak yang kate guru perlu ganti kelasnya semasa cuti sakit atau crk

      March 28, 2017
  5. Arizawanty Khairuddin

    mohon CRK utk jaga anak. kali ke3 nak mohon, kali terakhir bulan 5 masa mohon tu bulan 10. hari yang dimohon Jumaat ada aktiviti di tapak perhimpunan murid tak masuk kelas. kalau masuk pun waktu yg sy dah tak perlu masuk kelas utk mengajar. peperiksaan akhir tahun pun baru habis. pengasuh yg nak cuti jumaat tu sy xde apa2. GB tak bagi. alasan cuti yg dipohon bersambung dgn hujung minggu. keberadaan sekolah akan naik kat ppd. alasan lain bayangkan kalau anak cikgu pula yang gurunya bercuti mcm mana perasaan cikgu. yg paling sedih anak cikgu xde org jaga bukan sebab saya nak bagi cikgu crk. sy lupa nak ckp dgn dia sy baru crk dua kali last bulan 5. anak ini umurnya baru 1 tahun takkan saya tinggal dia jaga diri sendiri? MC saya tak pernah ambil lagi tahun tu. saya bukan kaki ponteng. rekod cuti sy sepanjang 11 tahun perkhidmatan adalah baik.
    kalau ini budi bicara, saya tak ada apa nak katalah. speechless

    March 25, 2018
  6. Basilius

    Adakah penolong kanan pentadbiran lantikan hakiki layak mendapat cuti tahunan?

    April 18, 2019
    • admin

      pada pengetahuan saya masih terikat dengan CRK

      April 18, 2019

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh