GURU BERTUGAS SEMASA CUTI??
Cuti sekolah telahpun bermula..perkara biasa yang menjadi persoalan ialah perlukah guru bertugas sepanjang cuti ataupun sebahagian cuti.
Sudah menjadi kebiasaan guru akan bertugas semasa cuti sama ada menjaga sekolah, latihan dalam perkhidmatan, menyelesaikan tugas-tugas pengkeranian dan pelbagai tugasan lagi.
Di Sarawak, guru pedalaman biasanya perlu memperuntukkan 2 hari atau lebih daripada cuti untuk bertugas menjaga sekolah kerana kebiasaanya ada pelawat ataupun syarikat yang menghantar buku teks ataupun barangan sekolah. Jadi, guru ini perlu bersedia untuk menjadi pegawai penerima.
Di sekolah di bandar pula, guru biasanya perlu berada di sekolah 2 minggu dalam cuti penggal akhir tahun untuk menyelesaikan pelbagai perkara. Ada juga sekolah yang tidak memerlukan gurunya bertugas semasa cuti kerana guru besar dan penolong kanan dapat bertugas semasa cuti.
Persoalannya, perlukah ataupun wajibkan guru bertugas semasa cuti???
Bagi menjawab persoalan ini, para guru boleh rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1977. Berikut merupakan pautan bagi pekeliling ikhtisas bil5/1977
Pekeliling Iktisas Bilangan 5/1977
Simpan pekeliling ini untuk rujukan pada masa akan datang.
Untuk merujuk pekeliling ini, boleh lihat gambar di bawah.
Pada pekeliling ini, guru dibolehkan bertugas oleh pentadbir dengan syarat tidak melebihi separuh daripada cuti yang terdapat pada penggal tersebut. Contohnya, cuti penggal akhir tahun 2016 terdapat 5 minggu, jadi guru hanya perlu bertugas semaksimun 2 minggu setengah sahaja. Oleh itu, para guru perlu sedar tidak menjadi kesalahan untuk dipanggil bertugas oleh pentadbir semasa cuti.
Pada pekeliling ini juga jelas menyatakan guru tidak perlu bergilir menjalankan tugas sewaktu cuti dan pentadbir perlu peka dan pandai menguruskan tugas dan tanggungjawab sehingga tidak perlu membebankan dan menyukarkan guru. Dinyatakan juga bahawa cuti penggal ini adalah ganti kepada cuti rehat yang tidak dinikmati oleh guru.
Namun, pentadbir perlu pandai menyusun jadual kerja ataupun aktiviti (mesyuarat, LDP dan lain-lain) dengan betul supaya tidak menyukarkan guru yang pulang ke kampung yang jauh. Disyorkan kepada pentadbir menyusun aktiviti di awal cuti ataupun di akhir cuti dan bukan di pertengahan cuti.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
ROZIYATI
Saya masih ke sekolah semenjak Isnin lallu walaupun tidak diarah oleh pentabdir berbuat demikiam Banyak kerja yg perlu dibereskan .Selaku GPM ssya mengemas pss , pilih buang buku , rpelupusan. Kira stok dan menyediakan pss berwsjah baru bagi menghadapi sesi persekolahan 2016 . Sequa kerja itu hanya boleh dilakukan pada waktu cuti hujung je …. Cuti- cuti yg lain ada kelas tambahan ….
Rohayah Ishak
Guru juga dipanggil utk bertugas semasa SPM berlangsung
Nesh
Pada pandangan saya cikgu perlu bertugas pada waktu cuti sekolah,misalnya pada hari sekolah guru sepatutnya hanya menfokuskan pada pelajaran teknik untuk mendidik anak murid dengan cara mudah memahami sukatan matapelajaran.saya cadangkan semasa cuti sekolah pihak pengurusan sekolah harus mengadakan hari sukan atau pun kursus untuk cikgu.
Angah
Kursus memang diadakan masa cuti. Kursus apa yg apa semasa p&p??? Ada ke? Masa cuti tu cikgu buat sillibus, RPT, soalan exam. Hari sukan diadakan semasa cuti peristiwa, faham? In other words, kami ambil cuti utk buat ari sukan. Ni mesti bukan guru.
Wawa
Erkkk mcm ada je kan kursus cikgu kene attend time hari persekolahan. Ke saya silap?