Bilangan waktu guru mengajar.
Yang sering menjadi perbahasan di kalangan guru adalah berkenaan dengan bilangan waktu guru mengajar berdasarkan tugasan dan jawatan yang dipegang. Kebiasaannya, guru besar adalah guru yang paling kurang waktu mengajar dengan diikuti dengan guru penolong kanan di sesebuah sekolah.
Para guru sering keliru berkenaan dengan bilangan waktu guru mengajar dalam seminggu.
Berikut disediakan jadual bagi menjadi rujukan kepada para guru melihat bilangan waktu mengajar dalam seminggu seperti yang disiarkan oleh kementerian mengikut pekeliling.
Diingatkan bahawa jadual di bawah hanyalah bertujuan menjadi rujukan dan pengetahuan kepada guru dan bukannya arahan kepada pentadbir.
Sebarang waktu guru mengajar adalah tertakluk kepada ketua jabatan dan keperluan sekolah.
Bil | Jawatan | Bilangan waktu mengajar seminggu |
---|---|---|
1 | Guru Besar / Guru Besar Cemerlang | Sekurang-kurangnya 5 |
2 | Penolong Kanan | Sekurangnya 12 |
3 | Penyelia Petang | Sekurang-kurangnya 12 |
4 | Guru Kaunseling | tiada |
5 | Guru Penyelaras Bestari | 6-8 waktu |
6 | Guru Perpustakaan | 6-8 waktu |
7 | Guru Pemulihan | 30 waktu |
8 | Guru Data | Kurang daripada 12 waktu |
9 | Guru Cemerlang | 12-22 waktu |
10 | Guru Akademik Biasa | 22-30 waktu |
11 | Guru J-Qaf | 22-30 waktu |
12 | Guru Penolong Agama | 22-30 waktu |
13 | Guru Setiausaha Sukan | sekurang-kurangnya 18 |
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
roslan
Bagaimana cara untuk saya dapatkan surat pekeliling
yang lengkap berkaitan dengan bilangan waktu mengajar setiausaha sukan untuk tujuan rujukan dan simpanan fail meja