Kokurikulum merupakan satu bidang atau perkara yang penting dalam pengurusan sekolah dan perkembangan diri murid.
Namun terdapat pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan berkenaan dengan kokurikulum dan pelbagai fail yang perlu disediakan bagi memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Oleh itu, para guru perlu mencari pelbagai senarai semak yang diperlukan dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk melaksanakan sepenuhnya dasar kokurikulum di sekolah.
Dalam pengurusan kokurikulum, fail pertama daripada lima fail yang perlu disediakan adalah fail jawatankuasa kokurikulum sekolah. Fail ini perlu disediakan setiap tahun.
Berikut dikongsikan item / perkata yang perlu disediakan di dalam Fail Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah bagi bahagian Kelab dan Persatuan / Pakaian Seragam.
- Carta organisasi – semua carta organisasi persatuan, kelab, pakaian seragam
- Notis mesyuarat jawatankuasa – pemberitahuan mengadakan mesyuarat
- Minit mesyuarat – minit mesyuarat berkenaan jawatankuasa kokurikulum sekolah dan bukannya salinan minit mesyuarat kelab persatuan dan pakaian beragam.
- Takwim – takwim tahunan aktiviti kokurikulum sekolah melibatkan semua kelab persatuan dan pakaian beragam
- Laporan Tahunan – laporan tahunan aktiviti yang diadakan seperti perkhemahan
Dengan melengkapi kelima-lima item ini, fail jawatankuasa kokurikulum sekolah akan lengkap
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]
Ahmad bin Awang
Terbaik… Mohon perkongsian bersama. Semoga akan berkekalan di bawah rahmat dan keberkatan Allah hendaknya….