Berikut merupakan peraturan keselamatan perkhemahan
Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkhemahan
- Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
- Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
- Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
- Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.
- Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
- Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
- Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
- Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
- Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
- Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
- Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam.
- Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
- Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
- Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
- Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
- Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
- Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan
mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
- Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
- Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
- Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]