Berikut merupakan contoh surat yang boleh dibuat bagi memohon khidmat hakim pertandingan kawad kaki perkhemahan
Surat Memohon Khidmat Hakim Pertandingan
ALAMAT SEKOLAH
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami :
Tarikh : 12 Jun 2003
Ketua Polis Daerah Johor Bahru,
Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru,
Polis Diraja Malaysia,
Johor Darul Takzim.
Tuan,
Permohonan Khidmat Hakim Pertandingan Kawat Kaki Sempena Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Sekolah 2003
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Pertandingan Kawat Kaki sebagai satu aktiviti dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003.
- Oleh yang demikian bagi menjayakan Pertandingan Kawat Kaki tersebut dipohon jasa baik tuan untuk memberikan pegawai-pegawai berikut pelepasan dari tugas dari pejabat tuan untuk bertugas sebagai hakim dalam pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
3.1 Tarikh : 22 Julai 2003
3.2 Masa : Mulai 2.30 petang
3.3 Tempat : Padang Kawat .
- Anggota-anggota yang dicadangkan adalah
- Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………….
( ABDULLAH )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan 2.
s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah.
- Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
- Fail Perkhemahan
Surat Mohon Khidmat Hakim Pertandingan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]