FORMAT MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
- TAJUK MINIT MESYUARAT (Catatkan nama mesyuarat)
- BIL / TAHUN
- TARIKH
- MASA
- TEMPAT
- KEHADIRAN
- Hadir
Senaraikan nama ahli-ahli yang hadir mesyuarat bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan.
- Hadir Bersama
Senaraikan nama pegawai yang bukan ahli tetapi diundang khas untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
- Tidak Hadir Bersebab
Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir dengan sebab.
- Tidak Hadir Tanpa Sebab
Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir tanpa sebab.
- Urus Setia
Senaraikan nama urus setia mesyuarat.
- CATATAN MESYUARAT
- Perutusan Pengerusi Mesyuarat
- Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting atau arahan-arahan kerja yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi mesyuarat.
- Semua catatan hendaklah diikuti dengan nota sama ada untuk makluman atau untuk tindakan agensi atau pegawai yang berkenaan.
- Perutusan Pengerusi Mesyuarat
- Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan berkenaan.
- Perkara-Perkara Berbangkit
- Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.
- Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.
- Jika perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.
- Perbincangan Kertas Kerja / Laporan Bulanan
- Sekiranya ada kertas kerja utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat maka ruangan ini hendaklah merekodkan perkara berikut:
- Tajuk kertas kerja
- Agensi / Sektor / Unit yang menyediakan kertas kerja berkenaan.
- Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan.
- Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan.
- Pandangan / komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan.
- Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu berkenaan dan tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.
- Sekiranya ada laporan yang yang telah dibentangkan, maka ruangan ini hendaklah merekodkan tajuk dan isi kandungan utama laporan tersebut mengikut apa yang telah dibentangkan oleh ahli-ahli mesyuarat.
- Hal-Hal Lain
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang berkaitan tetapi tidak termasuk dalam agenda mesyuarat.
- Penutup
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:
- Ucapan penghargaan dan terima kasih Pengerusi mesyuarat.
- Tarikh mesyuarat berikutnya
- Catatan mengenai masa mesyuarat tamat atau ditangguhkan.
- URUSETIA
Catatkan nama bahagian / unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat.
- TARIKH
Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
India
me:ltaakannhalgo rohim,terima kasih sudah mampir.. dan terima kasih juga untuk suntikan supportnya (sambil lap2 komputer lihat blog yang sudah bulukan)salam kenal,Farida