CONTOH TEKS JURUACARA
Nama Majlis: Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang
Tempat: Dewan Hamzah,Klang
Tarikh: 29 Ogos 2002
Hari: Sabtu
- Cue (0830)
Semua hadirin duduk
- Pengumuman
Para hadirin dipersilakan mengambil tempat. Majlis akan bermula sebentar lagi.
- Cue (0835)
Menerima isyarat apabila VIP tiba.
- Pengumuman
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, diiringi oleh Pengarah Pendidikan Selangor dan Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor.
- Cur (0840)
Apabila VIP dan semua hadirin duduk.
- Pengumumam
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Musa Mohamad, Yang Berusaha Pengarah Pendidikan Selangor, Yang Berusaha Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru dan Tetamu yang saya hormati sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana memberikan rahmat dan hidayah kepada kita yang sama-sama dapat hadir dlam majlis yang mulia ini.
Majlis akan dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu majlis mempersilakan Ustaz Awang Salleh untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilkan.
- Cue (0850)
Selesai bacaan doa.
Ucapan Pengetua
- Pengumuman
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Pegarah Pendidikan Selangor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.
- Cue (0900)
Selesai ucapan
Ucapan Tetamu Kehormat
- Pengumuman
Majlis merakamkan ucapanribuan terima kasih
Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Musa Mohamad untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
- Cue (1045)
Selesai ucapan
Penyampaian Hadiah dan Cenderamata\
- Pengumuman
Majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan Selangor untuk mengiringi Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Musa Mohamad untuk menyampaikan Hadiah Anugerah Khidmat Cemerlang kepada pemenang-pemenang.
Dipersilakan En.Johan Endut dan yang lain-lain
Dipersilkan yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan Selangor untuk menyampaikan Cenderahati kepada yang Berhormat demi mengenang kesudiaan beliah menyampaikan hadiah-hadiah tadi.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang Berhormat diatas penyampurnaan acara penyampaian hadiah-hadiah.
- Cue (1130)
Yang Berhormat duduk
Persembahan
- Pengumuman
Dipersilkan kumpulan Pancaragam Sekolah Menengah Tengku Zarina, Pelabohan Klang untuk mempersempahkan permainan mereka.
- Cue (1200)
Selesai persembahan
Jamuan
16, Pengumuman
Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan Selangor untuk mengiringi dan mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia ke jamuan makan tengahari.
- Ucapan pengharagaan dan menjemput tetamu yang hadir untuk bersama-sama menjamu selera.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]