Fail kokurikulu ketujuh yang perlu disediakan ialah Fail Kelab dan Persatuan Akademik. Fail ini terdapat 25 item yang perlu disediakan.
Item berikut adalah :
| 7.1 | Surat permohonan menubuhkan pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan, dan kelab sukan/permainan daripada guru/murid disertakan bersamaa, draf perlembagaan, draf aktiviti utama dan senarai jawatankuasa penaja |
| 7.2 | Surat kelulusan penubuhan daripada pengetua/guru besar selaku penolong pendaftar sekolah. Ada kenyataan kelulusan penubuhan. |
| 7.3 | Surat pelantikan sebagai guru pemimpin/penasihat. Ada pernyataan penurunan kuasa pengelolaan dan penyeliaan. |
| 674 | Minit mesyuarat agung penubuhan. |
| 7.5 | Perlembagaan yang disahkan oleh pengetua/guru besar |
| 7.6 | Senarai jawatankuasa yang disahkan oleh pengetua/guru besar |
| 7.7 | Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh pengetua/guru besar |
| 7.8 | Jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleh pengetua/guru besar |
| 7.9 | Senarai keahlian yang disahkan oleh guru pemimpin |
| 7.10 | Surat permohonan bendahari mengutip derma keahlian daripada setiausaha kepada pengetua/guru besar |
| 7.11 | Surat kelulusan mengutip derma daripada pengetua atau guru besar |
| 7.12 | Akaun kewangan/belanjawan yang disahkan |
| 7.13 | Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada persatuan melalui guru permimpon kepada pengetua/guru besar |
| 7.14 | Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada pengetua/guru besar |
| 7.15 | Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan kepada badan induk |
| 7.16 | Surat penerimaan menjadi ahli gabungan daripada badan induk |
| 7.17 | Minit-minit mesyuarat yang diadakan |
| 7.18 | Surat-surat pekeliling yang berkaitan daripada Kementerian pendidikan Malaysia, Jabatan pendidikan negeri, Pejabat pendidikan daerah dan Sekolah |
| 7.19 | Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli |
| 7.20 | Laporan setiap aktiviti |
| 7.21 | Laporan tahunan |
| 7.22 | Daftar penilaian bagi setiap ahli |
| 7.23 | Surat penyerahan kembali kuasa dan perlantikan pemimpin daripada guru pemimpin kepada guru besar/pengetua |
| 7.24 | Stok dan inventori |
| 7.25 | Sampel-sampel sijil / surat penghargaan |
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]




