Fail kedua yang perlu disediakan adalah Fail Penyelaras Kelab / Persatuan.
Fail ini merupakan fail yang mengandungi pelbagai perkara berkaitan kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah.
Terdapat lima item yang perlu disediakan di dalam fail kokurikulum ini ( Fail penyelaras kelab.persatuan) iaitu
- Carta organisasi – carta organisasi jawatankuasa kelab dan persatuan sekolah dan juga carta organisasi setiap kelab persatuan.
- Notis minit mesyuarat iaitu notis panggilan mesyuarat
- Senarai jawatankuasa dan keahlian bagi kelab persatuan
- Minit mesyuarat
- Takwim / Perancangan tahunan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]