PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN
Terdapat dua kandungan di sini. Di atas adalah contoh prosedur tetap manakala di bawah adalah muaturun bagi contoh prosedur ini.
PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN
A. Definisi Perkhemahan
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.
B. Tujuan Perkhemahan
- Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
- Meningkatkan abiliti dan kendiri.
- Menghayati erti batasan kehidupan.
- Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
- Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
- Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.
- Peringkat Prosedur Tetap.
1 Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:
1.1 Prosedur Tetap Sebelum Perkhemahan
1.1.1 Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan
- Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperoleh dari Guru Besar / Pengetua / Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan (JPNSDE) (u.p Unit Perhubungan dan Pendaftaran) dengan mengemukakan permohonan bertulis. Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut :
- Sesalinan kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan ( Rujuk Lampiran)
- Sesalinan nama peserta dan guru pengiring
- Sesalinan surat / penyataan sokongan daripada Unit Kokurikulum,JPNSDE.
- Sesalinan senarai jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan.
- Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
- vi) Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.
( Rujuk SP Bil 24 / 1998)
- Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu ( Rujuk para 3E, SP 24 / 1998 ).
- Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah
dikemukakan kepada :
- Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
- ii) Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
- Pejabat / Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan
- iv) Pejabat Pentadbiran /Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan
- Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.
( Rujuk para 3F, SP Bil 24 /1998)
- Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.
- taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah
keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta.
- Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa.
- Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
- gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.
- hakisan atau tanah runtuh.
- ribut atau gelombang besar.
- wabak penyakit.
- vi) kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang,dahan jatuh dan sebagainya.
( Rujuk para 2.4 SPI Bil 12 / 2000 dan SPI Bil 9 / 2000 )
- Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan.
( Rujuk para 3E, SP Bil 24 / 1998)
1.1.1.10 Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang
dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.
1.1.1.11 Semua keperluan logistik (peralatan perkhemahan) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.
1.1.1.12 Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan
pengangkutan, kebenaran dan peraturan pelancongan 1957 hendaklah
dirujuk.
1.1.2 Organisasi Perkhemahan
- Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.
- ii)
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.
iii) Saiz kumpulan
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.
- iv)
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti jantina, had umur, keadaan tubuh badan,kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain.
- v)
Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan
Ahli jawatankuasa induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan perkhemahan.
1.2 PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN
- Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:
- Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususya berkaitan perkara-perkara berikut:
- Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.
- Keracunan makanan.
- Kemudahan-kemudahan asas.
- Sistem komunikasi.
- Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.
( Rujuk SPI. Bil. 12 / 2000 JPNSDE)
- Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut
perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika
berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti
faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
- Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap
hari bagi menilai dan membincangkan masalah-masalah yang
timbul untuk diperbaiki pada masa hadapan.
- Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang
masa.
1.3 PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN
Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:
1.3.1 Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik.
- Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya.
- Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan.
- Mengadakan post-mortem bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
- Membentang dan membuat laporan:
- Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan.
- Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan.
Scopy Prosedur Tetap Perkhemahan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]