Berikut merupakan contoh surat kelulusan daripada guru besar bagi mengadakan perkhemahan di sekolah.
Surat Kelulusan Daripada Guru Besar Bagi Mengadakan Perkhemahan Peringkat Sekolah
ALAMAT SEKOLAH
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh : 25 Mei 2003
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana,
Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam
Peringkat Sekolah 2003,
Sekolah Kebangsaan ,
PPD
Negeri
Tuan,
Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam 2003.
Sukacitanya perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk
- Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan tiada halangan untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkara-perkara tersebut di bawah dipatuhi :
- Tiada unsur-unsur paksaan.
- Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga murid.
- Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan
- Segala kutipan kewangan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaksana dan persetujuan Ibu Bapa/Penjaga.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………….
(ABDULLAH )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan .
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
- Fail Perkhemahan
Surat Kelulusan Mengadakan Perkhemahan dari PGB
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]