Berikut merupakan contoh surat pemberitahuan perkhemahan kepada ibu bapa
Surat Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah
ALAMAT SEKOLAH.
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami: SKBBU/05/PPS/2003(11)
Tarikh : 20 Jun 2003
Kepada Semua
Ibu Bapa/Penjaga Pelajar Tahap 2
Sekolah Kebangsaan .
Tuan / Puan,
Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk
- Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Perkhemahan Tahunan sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
2.1 Tajuk : Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003.
2.2 Tarikh : 21 Hingga 23 Julai 2003.
2.3 Masa : 10.00pg. 21/7 hingga 4.30ptg. 23/7
2.4 Tempat : Kawasan Padang SK .
2.5 Sasaran : Pelajar Tahap 2
2.6 Penyertaan : 200 pelajar dan 15 guru.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………
( _______________ )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan.
s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah .
- Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
Surat Pemberitahuan Perkhemahan kepada ibubapa
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]