SURAT PERMOHONAN BERGABUNG DENGAN BADAN INDUK
Terdapat dua kandungan di sini. Di atas adalah contoh surat manakala di bawah adalah muaturun bagi contoh surat ini.
Surat mohon bergabung dengan Badan Induk Pergerakan Pengakap Sekolah
Kepada Pesekutuan Pengakap Malaysia
Persekutuan Pengakap Malaysia,
Rumah Pengakap,
Jalan Hang Jebat,
56000 Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Kebangsaan,
Jalan Padi Ria 1,
81200 Johor Bahru, JOHOR.
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami: JEA1048/PKS/05/2003(1)
Tarikh: 5 Januari 2003
Tuan,
Memohon Pendaftaran Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan
Berhubung perkara tersebut diatas, Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda telah dilulus penubuhan dan pendaftaran (No.Pendaftaran 18/2002/) oleh pihak pentadbiran sekolah sepertimana surat JEA1048/PKS/05/2002(6) bertarikh 25 Oktober 2002.
- Sehubungan itu. Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan ingin memohon mendaftar pergerakan ini kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Oleh itu bersama-sama disertakan borang yang telah diisi dan wang pendaftaran. Senarai ahli-ahli Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan , Johor Bahru dan Guru-Guru Penasihat yang akan mengendalikan pergerakan pengakap tersebut juga disertakan.
- Semoga dengan pendaftaran ini pihak sekolah akan memperolehi segala berita perkembangan Persekutuan Pengakap Malaysia agar dapat membantu menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………….
(ABDULLAH )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan.
s.k. 1. Pengarah Pendidikan Johor.
- Pengawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.
- Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru.
- Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
- Guru Penolong Kanan Kokurikulum
- Fail Pengakap
Surat Mohon Bergabung dengan badan induk
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]