Berikut merupakan contoh penulisan surat berkenaan dengan pengurusan perkhemahan.
Surat ini dihantar kepada pihak tertentu bagi mendapatkan bantuan sama ada daripada perkhidmatan, wang, barangan dan pelbagai lagi.
Berikut adalah contoh surat di bawah berkenaan permohonan mendapatkan bantuan air minuman.
Contoh Surat
Nama sekolah dan alamat
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh :
Alamat penerima pihak luar
Tuan / Puan,
Permohonan Membekal Bekalan Air Sepanjang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah sepertimana ketetapan berikut.
1.1 Tarikh :
1.2 Masa :
1.3 Tempat :
1.4 Penyertaan :
- Oleh yang demikian bagi melicin dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan membekalkan bekalan air sepanjang perkhemahan tersebut.
- Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
( nama gb)
Guru Besar,
Sekolah ,
s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah
- Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
Surat Permohonan Mendapat bantuan daripada pihak luar
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]