Surat Penerimaan Lantikan Daripada Guru Penasihat/Pemimpin
Nama guru
Alamat sekolah
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh: 28 Oktober 2002
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan,
. JOHOR.
Tuan,
Perlantikan Sebagai Guru Penasihat Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas berasaskan surat tuan PKS/05/2002(7) bertarikh 27 Oktober 2002 yang berkaitan.
- Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Pemimpin/Penasihat Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan berkuatkuasa mulai 27 Oktober 2002.
- Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.
- Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………….
( nama guru)
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
- Guru Penolong Kanan Kokurikulum
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]