Surat Penurunan Kuasa Pengetua/Guru Besar Kepada Guru Penasihat/Pemimpin
SMK Bandar,
Jalan Padi Ria 1,
81200 Johor Bahru, JOHOR.
Rujukan Tuan
Rujukan Kami : PKS/05/2002(8)
Tarikh: 30 Oktober 2002
Johari bin Mat,
Guru Pemimpin,
Pergerakan Pengakap,
Sekolah Menengah Kebangsaan.
Saudara,
Surat Penurunan Kuasa Kepada Penasihat Persatuan
Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya sepertimana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41l Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb. Mei 1998, saudara telah dilantik sebagai Penasihat Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan (No.Pendaftaran 18/2002/SMK), berkuatkuasa mulai 30 Oktober 2002.
- Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Penasihat Persatuan yang perlu dilaksanakan oleh saudara.
- Semoga dengan perlantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap sekolah ini.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………
(ABDULLAH )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan .
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
- Guru Penolong Kanan Kokurikulum
- Fail Pengakap
- Fail Guru Penasihat/Pemimpin
Surat Penurunan Kuasa dari GB kepada G. Penasihat
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]