Semakan KSSR 2017
Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Antara perubahan tersebut adalah :
- Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian.
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Kesihatan.
- Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen tmk @ teknologi daripada kurikulum.
- Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
Gambarajah di atas menunjukkan buku teks yang akan dibekalkan pada tahun hadapan mengikut mata pelajaran.
Gambarajah di atas ini pula masa yang diperuntukkan bagi setiap mata pelajaran.
*Sebarang perubahan rasmi tertakluk kepada kementerian.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com ]