7 LANGKAH MUDAH TUNTUT PELEPASAN CUKAI
Di awal tahun 2017 ini, adalah lebih baik kita bersedia dengan menyimpan pelbagai bukti bayaran untuk membolehkan kita mendapat pelepasan cukai.
Tidaklah nanti terlalu banyak PCB (potongan cukai berjadual) dalam slip gaji nanti.
1.Memaksimunkan potongan untuk buku majalah, insurans dan komputer
Buku dan majalah – Rm1000 bagi setiap tahun untuk pembelian buku dan majalah. Ini termasuk buku-buku elektronik yang dibeli online.
Insurans – Rm6000 di mana jika potongan kwsp tidak sampai rm6000 setahun, kita boleh menambah jumlah yang tidak cukup ini dengan insurans.
Komputer – Rm3000- layak dituntut 3 tahun sekali..khas untuk komputer sahaja sama ada riba macbook atau notebook..tablet dan ipad tidak termasuk dalam senarai komputer
2. Anak RM 1000 bagi setiap orang anak potongan yang layak diterima
3. Peralatan sukan
Sebanyak rm300 bagi peralatan sukan sahaja. Ini tidak termasuk dengan kos bayaran bulanan pusat kecergasan ataupun jurulatih peribadi.
4. Failkan cukai berasingan bagi yang sudah berkahwin kerana ini dapat mengurangkan kesan cukai.
5. Pembantu rumah bagi penjagaan khas ibu bapa
Kita layak mendapat potongan sehingga RM5000. (di bawah kos perubatan) bagi mengupah pembantu rumah bagi membuat penjagaan khas kepada ibu bapa yang sakit. Mahupun begitu, pengesahan doktor diperlukan bagi mengesahkan bahawa ibu bapa kita memerlukan penjagaan khas.
6. Elaun Petrol Tugas Rasmi
Sebanyak rm6000 maksimun potongan bagi penggunaan petrol untuk tujuan rasmi.
7. Isytiharkan pendapatan sewa
Jika tidak isytiharkan pendapatan sewa, dikhuatiri akan menjejaskan semakan dan potongan cukai terhadap diri sendiri jika pihak LHDN mendapati kita tidak jujur ketika mengisi e-filing.
Pesanan- setiap resit pembelian bagi barangan yang dinyatakan perlu disimpan sehingga 7 tahun dari tahun taksiran.
Sekadar peringatan kepada guru di awal tahun 2017 ini.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
iza
Elaun petrol tu mcmane ek…duit minyak g kerja ke?
admin
kalau ada elaun minyak cg..biasa kalau pekerja swasta dalam slip mereka ada