Apa itu difteria?
Difteria adalah satu jangkitan bakteria yang merbahaya yang memberi kesan kepada
lapisan membran mukus pada tekak dan hidung. Bakteria ini akan mengeluarkan toksin
yang berbahaya kepada pengidapnya yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung,
kegagalan fungsi saraf dan kegagalan pernafasan, justeru membawa maut. Ia boleh
menghasilkan pembentukan seakan lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan
pada saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam bahagian laluan pernafasan
atas (larynx), yang mana boleh menyebabkan kesukaran pesakit bernafas.
Walaupun ia mudah merebak dari seorang kepada seorang yang lain , difteria boleh
dicegah melalui penggunaan vaksin anti-difteria semasa kecil lagi.
Faktor terdedah kepada penyakit difteria.
Kanak-kanak yang tidak mendapat vaksin difteria, mereka yang mempunyai penyakit merendahkan keimunan terhadap penyakit seperti penghidap penyakit AIDS, hidup pada suasana tidak bersih dan sesak.
Simptom atau tanda penyakit difteria.
- demam
- bengkak kelenjar di leher
- nyaring menyalak batuk
- sakit tekak kulit kebiruan
- tidak selesa.
Bagaimana jangkitan difteria dapat dikesan?
Difteria dapat dikenalpasti apabila pihak doktor mengambil sampel kuman pada tekak pesakit dan mengenalpasti kuman tersebut di makmal. Namun rawatan awal akan senantiasa diberikan pada kali pertama berjumpa pesakit biarpun kuman belum dapat dikenalpasti. Ini kerana, penyakit difteria ini boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.
Adakah ianya boleh dirawat?
Ya. Bakteria ini dapat dikawal dengan rawatan antibiotik seperti penicillin atau erythromycin. Terdapat juga keperluan antitoxin yang mana mampu mengawal penularan toksin difteria di dalam darah. Namun, ianya tidak dapat memusnahkan toksin yang sudah melekat pada tisu badan. Perlu diingatkan tidak semua fasiliti kesihatan ada mempunyai antitoksin tersebut kerana amat jarang penyakit ini berlaku. Pesakit juga perlulah diberi pemantauan rapi di dalam hospital dan dikuarantikan untuk mencegah jangkitan kepada individu yang lain.
Bolehkah difteria berulang?
Ya, jangkitan difteria boleh berulang biarpun anda pernah menghidapi jangkitan difteria. Justeru, setiap individu perlulah mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan imunisasi difteria yang berkesan melalui suntikan vaksin dan mampu menurunkan risiko mendapat jangkitan difteria.
Apakah cara terbaik mencegah difteria?
Cara terbaik mencegah difteria adalah mendapatkan imunisasi vaksin difteria.
*sesiapa yang boleh mendapatkan vaksin difteria boleh melakukannya dengan berjumpa doktor kerana vaksin ini boleh diberikan walaupun kita telah dewasa.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]