Ketika hendak membeli rumah ataupun tanah, perkara yang utama sekali kita perlu ambil tahu adalah status tanah tersebut sama ada leasehold ataupun freehold. Kedua-dua status ini memainkan peranan penting dalam menentukan hak milik individu terhadap tanah tersebut dan apakah hak individu terhadap tanah tersebut.
Mari kita lihat apa itu leasehold dan freehold.
LEASEHOLD
- pegangan berstatus pajakan untuk suatu tempoh yang ditetapkan dan kebiasaannya 99 tahun bagi tujuan kediaman dan lebih pendek sekitar 50 tahun bagi tujuan selain kediaman.
- apabila tempoh pajakan selesai, tanah tersebut akan dikembalikan kepada pihak negeri.
- namun, pemilik rumah boleh memperbaharui tempoh pajakan tersebut dengan membayar sedikit harga premium mengikut nilai tanah semasa.
- tempoh pajakan boleh diperbaharui lebih awal sekitar 30-50 tahun sebelum tempoh pajakan tersebut selesai.
- rumah yang dijual pemaju kebiasaannya berstatus pajakan.
- tanah berstatus pajakan kebiasaanya lebih murah berbanding tanah berstatus freehold.
Freehold (bebas)
- freehold adalah pegangan bebas di mana pemiliknya memiliki tanah ini untuk selama-lamanya kecuali melalui pengambilan balik tanah oleh kerajaan.
- Jika kerajaan mengambil tanah tersebut, kerajaan perlu membayar kepada individu tersebut dengan memberikan pampasan mengikut nilai tanah tersebut.
- tanah yang berstatus freehold ini biasanya tanah yang diwarisi daripada nenek moyang zaman dahulu.
- tanah berstatus ini lebih mahal daripada tanah pajakan.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]