PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN TAHUN 4
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Antara contoh soalan PJk adalah seperti berikut.
Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk (berlibur, berteduh) atau bermalam. Khemah-khemah yang didirikan oleh murid ini ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan juga (wayar, tali).
Murid-murid yang menyertai perkhemahan akan didorong dengan perasaan (sayang, syukur) akan alam sekitar. Terdapat banyak (pilihan, latihan) dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan.
Latihan-latihan seperti berjalan kaki, berbasikal, merentas bukit-bukau, danau dan sungai dapat melatih murid supaya (cerdas, sihat) fizikal, jasmani dan mental. Kem rekreasi yang diadakan ini mampu membantu murid (menilik, mengenal) dan melihat flora dan fauna dengan lebih dekat.
Murid-murid juga akan belajar (berdikari, bersendiri) dengan menyediakan dan menguruskan semua kegiatan harian seperti memasak, menjaga keselamatan dan membasuh dengan sendiri tanpa bantuan keluarga.
Berikut dikongsikan contoh set soalan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran tahun 4.
Berikut merupakan soalan PJK Tahun 4 yang terkini.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com