PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN REKA BENTUK TEKNOLOGI TAHUN 4
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Contoh soalan RBT
Mentol pada projek Menara Rumah Api dapat mengeluarkan cahaya setelah mendapat tenaga ___________ daripada bateri. Alatan tangan yang perlu diminyakkan semasa melakukan aktiviti penyenggaraan ialah ___________.
Roslan ingin mengukur sebatang kayu yang panjang untuk dibahagikan kepada beberapa bahagian sebelum dipotong. Apakah alatan tangan yang boleh digunakan oleh Roslan untuk mengukur kayu tersebut?
Rosdi ingin membuat kemasan pada projek Rumah Apinya. Sebelum itu dia perlu melicinkan dahulu permukaan projek tersebut. Apakah bahan yang boleh Rosdi gunakan untuk melicinkan permukaan projek Rumah Api tersebut?
Pilih kegunaan yang betul bagi artikel jahitan di bawah. Sarung kusyen – digunakan sebagai bantal kecil. Apron – digunakan untuk mengelakkan pakaian kotor atau basah. Beg pensel – digunakan sebagai tempat menyimpan alatan tangan. Pemegang periuk – digunakan untuk mengelakkan tangan daripada luka. Berikut dikongsikan contoh set soalan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran tahun 4.
Soalan Reka bentuk teknologi tahun 4 yang terkini.
Jutaan terima kasih kepada pihak yang sanggup berkongsi
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]