KENAPA KITA PERLU MENUTUP BEKAS MINUMAN
Air merupakan keperluan asas manusia. Setiap hari kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air bagi membolehkan badan melaksanakan proses fisiologi.
Tahukah anda bahawa cara anda menyimpan minuman turut memainkan peranan dalam menjaga kesihatan badan.
Rasulullah s.a.w sendiri melarang umatnya tidak menutup bekas minuman secara bermalaman. Setiap malam sebelum tidur, kita mesti menutup bekas minuman kita sendiri. Kenapa Rasulullah s.a.w melarang kita tidak menutup bekas minuman..
Berdasarkan hadis riwayat Muslim melalui hadis Jabir bin Abdullah :
” Tutuplah bejana dan tutuplah tempat minum, kerana dalam setahun ada satu malam di mana wabak penyakit turun. Setiap kali wabak itu melalui bejana yang tidak tertutup atau tempat minum yang tidak tertutup, pasti ia menjatuhkan bibit penyakitnya di tempat tersebut”.
Berdasarkan hadis ini, dapat difahami Rasulullah s.a.w melarang kita tidak menutup bekas minuman kerana dikhuatiri terkena jangkitan penyakit.
In sha Allah bermula dari sekarang kita boleh ubah tabiat hidup kita. Semoga kesihatan kita bertambah baik.
Wallahualam
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]