Skim Pencen vs KWSP
Setiap kali ketika mahu mengesahkan jawatan, 2 perkara ini mesti akan menjadi tanda tanya sama ada skim mana yang mahu dipilih, skim pencen atau kwsp…
Yang pertama sekali kita tengok apa itu skim pencen dan skim kwsp.
Skim Pencen adalah satu skim di mana apabila kita pilih skim ini, gaji kita tidak akan dipotong kwsp. Selepas bersara pula, kita akan mendapat duit pencen secara bulanan yang bernilai lebih kurang 50% daripada gaji akhir bergantung kepada tempoh perkhidmatan.
Skim kwsp pula skim yang menolah 11% daripada gaji bulanan kita ke satu tabung yang disediakan oleh kerajaan dan mendapat faedah daripada kerajaan di mana kerajaan akan menabung 13% daripada gaji kita kepada akaun kita. Setiap tahun pula kita akan mendapat dividen daripada tabungan tersebut. Selepas berhenti kerja nanti, kita akan mendapat durian runtuh yang sangat besar hasil daripada duit tabungan ini.
Ringkasnya kelebihan 2 skim ini adalah
Kelebihan skim pencen
- Pencen – iaitu jaminan saraan kewangan setiap bulan semasa bersara cukup untuk menampung kehidupan
- Gratuiti
- Elaun / bantuan kewangan seperti bantuan kewangan hari raya
- Duit gaji akan dapat penuh kerana tidak perlu mencarum ke mana-mana
- Kemudahan pembiayaan dari kerajaan
Kelebihan skim kwsp
- dividen tahunan.
- simpanan tambahan daripada kerajaan
- akaun 2 dapat digunakan untuk mengurangkan hutang rumah dan pelaburan pendidikan/hartanah
selepas itu mari kita tengok kekurangan pada kedua-dua skim ini
Kekurangan skim pencen
- pencen hanya diperolehi selepas bersara
- jumlah pencen bergantung kepada gaji akhir, jika besar gaji akhir maka besarkan pencen kerana jumlah pencen adalah 50-60 peratus daripada gaji akhir.
- tiada durian runtuh yang besar di awal pencen/bersara kerana hanya mendapat gratuiti (wang ganjaran)
Kekurangan kwsp
- Tiada duit bulanan yang akan diperolehi setelah berhenti kerja nanti.
- Tidak patuh syariah. – boleh rujuk fb dr zaharudin atau orang yang berpengetahuan dalam muamalat syariah bg sesiapa yang mahu tengok pergiraan membersihkan wang kwsp
- 11% akan ditolak setiap bulan daripada gaji kita..sekarang 8% pon ada….
- Duit tabungan hanya boleh digunakan untuk pendidikan dan pembelian hartanah dan beberapa perkara lain sahaja.
Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa skim pencen sesuai untuk orang yang mahu bekerja sampai pencen itu pon kalau panjang umur, manakala skim kwsp sesuai untuk orang yang mahu berhenti awal daripada bekerja dengan kerajaan.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]