Antara langkah keselamatan yang boleh kita laksanakan ketika mengisi minyak adalah dengan menyentuh kenderaan. Kenapa ye????
Pernahkan kita terdengar pelbagai kes melibatkan kemalangan dan kebakaran ketika mengisi minyak di stesen minyak. Salah satu terjadi berpunca daripada tingkah laku kita yang keluar dari kereta, mengisi minya, kemudian masuk balik ke dalam kereta sementara menunggu minyak diisi dan keluar kembali untuk meletakkan pam ke tempatnya. OK. Tingkah laku sebegini boleh menyebabkan kebakaran berlaku disebabkan cas elektrostatik yang kita hasilkan. Cas ini boleh menjadi pemetik api jika terkena pada wap minyak/bahan api yang diisi ke dalam kereta.
Mari saya terangkan. Cas elektrostatik ini boleh terhasil daripada pelbagai perkara. Salah satunya adalah disebabkan oleh pergeseran pakaian kita dengan fabrik/kusyen kereta kita. Ketika kita keluar masuk dari kereta, pergeseran bahan antara baju dengna kusyen kereta menyebabkan wujudnya cas elektrostatik yang boleh menjadi percikan api.
Kenapa kita perlu menyentuh kenderaan ketika mengisi minyak ?
Jika kita menyentuh kenderaan ketika mengisi minyak, cas elektrostatik pada badan yang mungkin terdapat pada badan, kita dapat dinyahcaskan dan mengelakkan berlakunya percikan api yang boleh menjadi permulaan kepada kebakaran. Cas ini dapat dibuang melalui logam yang terdapat pada kenderaan.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]