PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU TAHUN 3
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun.
Contoh soalan
Tulis karangan yang lengkap berdasarkan perkataan yang diberikan.
sebatang pokok pisang – berdaun dan berbuah – berjantung – memberikan hasil selepas tujuh tahun – buah berwarna hijau – sebelum masak – bertukar kuning apabila masak – dikenali pokok pelbagai guna – daun membungkus nasi lemak – pembungkus kuih koci – jantung dijadikan ulam – buah boleh digoreng – kerepek
Zhafree murid tahun tiga dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Taman Sepakat telah berjaya menjadi juara dalam kejohanan ‘Formula Future’ di Itali baru-baru ini. Beliau sangat seronok kerana dapat mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia.
Aktiviti berbasikal banyak kebaikannya. Kita akan sihat jika sering berbasikal. Oleh itu, orang ramai digalakkan berbasikal. Selain itu, kita dapat menjimatkan wang apabila menggunakan basikal kerana basikal tidak memerlukan petrol. Basikal juga tidak mengeluarkan asap. Oleh itu, pencemaran udara tidak berlaku jika kita menggunakan basikal. Hidup kita akan lebih sihat kerana kualiti udara semakin baik.
Berikut dikongsikan contoh set soalan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran tahun 3.
Koleksi soalan latest bagi bahasa melayu tahun 3.
Jutaan terima kasih kepada pihak yang sanggup berkongsi
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com