Guru Sarawak terima tab dari kerajaan
Heboh sekarang kerana 42 000 guru di Sarawak akan menerima hadiah tab daripada kerajaan Malayasia. Itu memang benar sekali kerana terdapat beberapa PPD di Sarawak telah menerima tab tersebut.
Sebenarnya ini bukan perkara baru kerana pada 5 Mei lagi telah dilaporkan dalam berita bahawa kerajaan pusat akan membuat satu revolusi kecil dengan menghadiahkan tab kepada guru. Laporan tersebut boleh rujuk pada gambar di bawah.
Bagaimanapun, guru-guru di negeri lain jangan khuatir. Ini disebabkan, Sarawak hanyalah negeri rintis dan bukannya satu-satunya negeri yang akan menerima tab tersebut. In sha Allah, kerajaan pusat akan memperluaskan dasar ini kepada semua negeri. Ini boleh dilihat pada keratan akhbar di bawah yang memetik kenyataan Perdana Menteri.
Tablet tersebut akan menjadi hak milik guru dan bukannya sekolah ataupun jabatan. Guru akan bertanggungjawab terhadap tablet tersebut. Bila berpindah, guru akan membawa tablet tersebut bersama.
Berikut merupakan gambar tab keluaran HUAWEI yang akan dibekalkan kerajaan siap dengan perisian e-tutor utusan dan e-paper utusan
Dan ini merupakan gambar tablet yang telah diterima oleh salah seorang guru. In sha Allah berguna dan akan ada rezeki kepada semua guru di Malaysia.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Syamil
Sy ingin bertanya..jika tablet yang diterima rosak.adakah boleh membuat report untk digantikan dengan yang lain?terima kasih
admin
tiada ganti cg..cg mesti baiki sdiri kerana sudah dipindah milik…ataupun cuba claim waranty..