Review Tablet Guru Sarawak
Masih ingat ke yang baru-baru ini heboh berkenaan dengan dasar kerajaan untuk menghadiahkan tablet pembelajaran kepada guru-guru di sarawak. Kalau, sudah lupa boleh rujuk DI SINI . Sekarang, hampir semua guru di sarawak telah menerima tablet ini secara berperingkat.
Berikut kami kongsikan berkenaan review pada tablet yang telah diberikan oleh kerajaan ini.
Ini gambar kotak tablet tu. Mediapad t1 7.0. T1 itu tak pasti merujuk kepada apa. Tapi 7.0 itu merujuk kepada saiz skrin tab ini, 7.0 inci. Agak besar jugak tablet ini.
Yang ini pula sedikit maklumat berkenaan dengan tablet ini. 8GB bagi memori tablet ini dan mampu menggunakan rangkaian telefon 3G.
Ini pula casing getah yang diberikan sekali dengan tablet ini. Bagus jugak, takdelah nanti tablet itu calar ataupun takde perlindungan semasa jatuh.
Ini yang keluar semasa kita on tablet ini. Maybe penaja kot Kumpulan utusan ni.
Ini home screen bagi tab tu. Dah siap pasang dengan aplikasi facebook, whatsapp bagi memudahkan guru berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Pada home screen ini, kalau tengok dekat bawah ada 2 aplikasi baru iaitu E-paper Utusan Malaysia dan E-Tutor guru.
Ini ialah screenshot semasa buka aplikasi e-paper itu. Dari sini, kita boleh pilih akhbar yang hendak dibaca sama ada akhbar hari ini ataupun akhbar yang lama. Tarikh kita boleh akses akhbar ini secara percuma sehingga hujung tahun hadapan.
Ini pula kalau aplikasi e-tutor guru. Setakan ini, tidak boleh pasti apa yang boleh dibuat melalui aplikasi ini. Namun, guru boleh membina lembaran kerja pada aplikasi ini. Senang kan.
Tetapi, guru yang nak akses 2 aplikasi ini perlukan username dan password sendiri yang dibekalkan semasa mengambil tablet ini. Hanya orang yang mempunyai username dan password sahaja yang dapat mengakses penuh aplikasi ini.
Kesimpulannya, kehadiran tab ini pastinya memudahkan kerja-kerja guru di masa akan datang selain dapat memastikan informasi yang ada pada guru terkini sesuai dengan peredaran zaman. Tahniah dan setinggi ucapan terima kasih sekali lagi kepada Perdana Menteri Malaysia kerana memperkenalkan dasar ini dalam pendidikan di negara.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]